Friday, December 12, 2014

Undang-undang 3 hari

Suatu hari cuti yang indah saya berjalan-jalan dengan niat nak window shopping kat Pavilion.

Jalan punya jalan punya jalan sampai nak naik lenguh kaki, dah lah pakai heels pulak tu. Bertambah lenguhnya.. tapi nak nampak cantik punya pasal, lenguh pun lenguhler. Bukan orang tau pon hehe.

Tiba-tiba saya lalu kat satu kedai ni, nampak sehelai dress warna merah kembang setaman yang dipakai oleh cik patung. Dalam hati saya Oh My Gucci!!! Cantiknya. Tiada dress yang lebih cantik tiada yang lebih indah tiada yang lebih bersinarrrrr selain dress merah di depan mata. Menepati cita rasa, menepati impian yang selama ini diidamkan. Simple yet so elegan! Hurm..

Tiba-tiba teringat pula tahun depan nun nanti ada company dinner. Dalam kepala dah terbayang, kalaulahh..kalaulahhhh..kalaulah saya dapat pakai dress ni nanti alangkah bahagianya. Alangkah indahnya hidup ini. Tiada yang lebih indah lagi. Mungkin nanti boleh menang best dress, dapat voucher Jusco RM50 :P

Lalu kaki melangkah masuk ke dalam kedai. Mata melilau cari tanda harga. Mana ni tanda harga ooooiiii menyorok pulak ye. Tak jumpa cari dengan mata, tangan pun mencapai dress idaman hati. Sambil merasa tekstur dan membelek material kain dengan jari tulus temulus saya. Oh lembutnya kain dia.. bagaikan sutera. Cantiknya jahitan dia tiada cacat celanya.

Lantas terjumpa benda yang dicari-cari. Tanda harga!! Dalam hati ada sedikit nervous nak tengok harga dress pujaan hati. Sebelah mata dipejam, tengok guna sebelah mata saja. Dengan harapan boleh meneutralkan rasa..

Mak oih!! RM499!!

Mahalnya!!!

Tapi kan ke cantik. Kan ke pujaan hati idaman kalbu. Kan ke inilah dress paling jelita yang pernah saya jumpa sepanjang hayat ini?

Apalah sangat RM499.. Tak sampai RM500 pun.. Guna credit card dulu, nanti dah dapat gaji saya bayarlah balik. Alaa boleh punya lahh. No hal lah.. sap sap soi je nih..

Sreeeeeeeeeeeeetttt bunyi leretan kad VISA.

That's it! The damage has been done!

Maka bulan depan dan bulan seterusnya, bercatulah makan saya. Tiada lagi makanan bernutrisi, hanya mi segera hari-hari..

----------------------------

Amacam.. does it sounds real? Okaylah saya ada sikit-sikit tiru Sophie Kinsella tihihihi..

My dear friends, kawan-kawan saya sekalian.. inilah yang kita panggil impulse buying. Membeli benda yang kita sebenarnya tak perlu, tanpa berfikir panjang, malah membawa kerosakan kepada akaun bank kita. This is very very dangerous ye.

And this doesn't apply to benda yang mahal-mahal saja. Benda yang tak begitu mahal pun sama juga. As long as we don't need it, kalau beli juga maka membazirlah namanya.

Tak salah membeli-belah, asalkan, dan pastikan that we can actually afford it! Jangan nanti hujung bulan gigit jari.

So inilah tips nya ya. Macam mana nak mengelakkan diri dari TERBELI sesuatu yang kita tak berniat pun nak beli. Bila kita rasa nak beli benda tu, sabar dulu. Relax.. tarik nafas, hembus. Tarik, hembus.. perlahan-lahan angkat kaki keluar dari kedai. (Kalau online, cepat-cepat tutup browser :P)

Lepas tu cuba fikir secara waras, pertimbangkan dulu. Is it worth your hard earned money or not. I bet masa tu, hawa nafsu akan mengatasi akal fikiran kita dan mengarah kita untuk beli juga hehe.

That's why we wait. Sebelum beli sesuatu, cuba tunggu 3 hari. Lepas 3 hari, fikir balik, betul ker kita masih nak beli benda tersebut. Saya rasa most of the time, perasaan nak membeli yang membuak-buak sebelum ni tu akan pudar. Takda rasa dah.. If it does, selamatlah poket anda=)

Jadi bila kita rasa nak beli sesuatu yang tak perlu, apa kita buat kawan-kawan?
Berhenti. Tunggu 3 hari. Fikir balik.

Kalau masih rasa nak beli, cuba tunggu 100 hari. Haha. Tipu. Kalau dah nak beli juga, belilah. Tiada daya saya menghalangnya. Kalau boleh kumpul duit sampai cukup baru beli ye.

p/s: Kalau anda tengok, sebab tu kedai buat pelbagai offer yang menarik, pelbagai diskaun hebat yang timely limited. Semua ni nak ambik kesempatan atas perasaan teruja anda. Hehehe..



8 comments:

  1. btl ape yg cik siti ckp tu...kite skrg ni lebih kepada nafsu je bukan keperluan sebetul2 nya

    ReplyDelete
  2. Assalam siti,
    iols ni kalo bab beli barang memang boleh ditahan sajork
    iols bukan pengshopping sangat rasanya ****ya ka?????? :P***
    TAPI memang konpem kalo bab MAKAN & COTIK memang tak leh di tahan2 lagi dah he3
    cencaner tu??????he3

    ReplyDelete
  3. salam pagi cik siti
    ingat citer atas tu bertul2 jadi kat Ciksiti, hi hi
    tapi mmg betul apa yg ciksiti cakap tyu, masa kita tengok barang tu kat kedai dengan cantiknya, bersinarnya, berkilaunya yg menggoda lebih tu nafsu semata, kalau akak la kan, shopping tak bawak duit bnyk dan tak penah guna kredit card.

    ReplyDelete
  4. betul tu...kadang2 godaan mereka mereka tak boleh tahan...

    ReplyDelete
  5. terpedaya jugak bila baca cerita atas tu mula-mula.. dalamhati cakpa juga, sanggup beli dress mahal macam tu dan ikat perut.. hihi.. rupa-rupanya tak..

    ReplyDelete
  6. Maaf ramai yg terpedaya nampaknya ye.. Saya sengaja buat begitu so that it sinks into our mind and heart.

    ReplyDelete
  7. kannnn selalu terjadi mcm tu. saya pulak kalau hati dah meronta sgt tu cpt2 call suami. tanya dulu patut ke tak beli. boleh ke tak. kalau dia kata tunggu dulu terpaksa la kelipop2 mata depan menda tu ehehehehe. tapi selalu tak boleh tahan hati kalau barang anak wuuuu

    ReplyDelete
  8. hehe pandai kak siti no. tipah tertipu mula2 eheee. tp tu la betoi3. cer tahan 3 hari. pastu msti boleh lupa dah hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...