Monday, December 1, 2014

Sana sini orang kawen

Assalamualaikummm..

Apa kabar semua?Apa aktiviti weekend?Kami sibuk memenuhi jemputan kahwin. Ini pon tengah otw ke Kompleks Tabung Haji Bayan Baru ni tengah sesat ni hehe. (Originally entry ini ditaip dalam kereta semalam)

Personally saya suka pergi kenduri belah Perak sebab lauk dia mostly favourite saya. Kalau yang jenis masakan kampunglah. Semalam punya kenduri, diorang masak sendiri. Siap sambal ikan keli pun ada. Pergh bahagialah si Abang Veder. Saya tak biasa makan ikan darat, so saya makan lauk dagingnya saja. Alhamdulillah =)

Kerja kahwin sekarang memang lain berbanding kerja kahwin dulu ye. Rata-rata sekarang ramai orang buat dekat ball room hotel/dewan. Wah dengan hiasan dewan yang cantik secantiknya. Dengan door gift macam-macam. Alhamdulillah makin senang orang kita ye. Kalau mampu apa salahnya kan.. Sekali seumur hidup kata orang..

Teringat saya kat iklan RHB bank kat radio yang promote pinjaman untuk perkahwinan tu. Pengantin perempuan nak tambah jemputan, pengantin lelaki kata mana nak cukup duit. Terus pengantin perempuan suruh buat pinjaman bank.

Reception CikSiti tahun 2009.. Gambar dengan nenek yang datang dari Melaka..

Macam yang saya kata tadi, nak buat majlis meriah, kalau mampu apa salahnya. Tapi ini jelas, tak mampu (senario dalam iklan). Kalau tak mampu, bagi saya memang salah nak buat majlis besar-besaran hinggakan terpaksa berhutang. Yang kemudiannya bakal membebankan pasangan tu juga lepas berkahwin nanti.

Majlis kahwin hanya sehari. Nak tanggung hutang bertahun malah makan puluhan tahun. Kalau dah ada pinjaman PTPTN lagi, loan kereta lagi. Personal loan interest tinggi pulak tu. Padanlah ramai belia kita yang dah diisytihar muflis sekarang.

Mungkin benar mungkin ada juga yang terpaksa buat pinjaman bukan atas kerelaan kehendak sendiri. (Walaupun pilihan dan keputusan di tangan masing-masing). Kalau dah terpaksa juga buat pinjaman, buatlah pengiraan yang terperinci dulu ye. Fikir masak-masak dan uruskan sebaiknya. Kalau boleh elakkan simply pinjam lepas tu lupakan. Mengundang bahaya ni.. Lebih baik lagi, bersederhanalah...




18 comments:

  1. Saya tak pernah hadiri majlis kahwin sebelah Perak..
    Tapi kalau di Negeri Sembilan, mmg ramai yg buat lauk kampung juga...
    Dan di musim banyak kerja kahwin ni, rumah yg buat lauk kampung pasti akan jadi tumpuan...sebab org dah jemu makan nasi minyak..lauk sepesen aja..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka juga lauk N9! Dulu saya attend satu kem ni kat Jolobu wahh hari2 makan sedap especially masak lomak cili api dia..Ada rezeki nanti teringin makan ke sana lagi=)

      Delete
    2. Sekarang dah trend buat lauk kampung..
      Lagi best rasenye..

      Delete
  2. lawa cik siti...

    kwn sy kwen buat grand gila.kami igt usaha depa laki bini menabung sbb kwn dr skolah tp bl dirisik2 br tau wt loan.skrg dia pon dh nyesal.anak dh ada loan x abes byr lg.dgn susu pampes pengasuh keta umah lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih Zai=)

      kesian kan..semoga dia dimurahkan rezeki dan dapat settle hutang cepat2.

      Delete
  3. kita ni selalu digula gulakan dengan pinjaman.. patutnya ada akta yang mengawal setakat mana boleh buat pinjaman tu.. kesian graduan sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..pinjaman is NOT a bless..tapi ramai yang tak sedar dan bersukaria dengan duit pinjaman..apa yang kita perlu adalah education dan kesedaran pasal kewangan ni..akta ni lebih kepada menghukum. dah jadi baru terngadah

      Delete
  4. Hai ciksiti.. Lamanyer tak singgah..
    Selamat makan kenduri sepanjang cuti sekolah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome back mummy! Mummy sibuk kot..tima kasih lah datang=)

      Delete
  5. cuti sekolah ni mmg musim orang kahwin ;)

    ReplyDelete
  6. Assalam Ciksiti, dok balik teganu ke? kenduri kawen kat mane-mane sekarang yea, cuti sekolah..meriah..betul apa Ciksiti cakap tu, bersederhana itu lebih baik, lagipun yang dituntut tu kan cuma akad nikahnya saje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam kak..dok balik T_T mak pun ada duduk di Ipoh leninggggg..
      betul tu..tapi ramai yang merasakan mesti buat lebih dari tuntutan..peer pressure kot..

      Delete
  7. kan weekend gantung periuk la kita, banyak kenduri kendara ehehehehe

    betul sepatutnya memang tak perlu loan apa semua tu. tapi banyak sangat faktor yang membebankan pasangan pengantin dengan bermacam adat sekarang ni. apa boleh buat

    ReplyDelete
  8. Bersederhana dah cukup sebab bila terbeban dengan hutang selepas kahwin boleh menimbulkan masalah pulak nanti.

    ReplyDelete
  9. yup, meamng banayak terima jemputan perkahwinan sekaran gni.. maklumlah cuti sekolah, rmaai yang pilih tarikh ni kan..

    ReplyDelete
  10. betul tu.. kawan-kawan ramai kawen gak.. adoiyai stress hahaha. sebab orang kalut dok tanya.

    ReplyDelete
  11. wahhh comeynya kak siti! haah tu lah kan betoi2 kalo stakat nk kawen buat grand2 smpai nk buat loan, ish pada ana pon baik xyahla. loan lain dah mcm2 nk kena setelkan..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...