Wednesday, December 3, 2014

KY

Assalamualaikum semua=)

Dari semalam saya terfikir nak buat entry pasal KY ni..

Siapa tau apa itu KY? Kalau ada yang kerja company Jepun maybe taulah kot ni.

KY atau nama penuhnya Kiken Yochi (危険予知).


Maksudnya Danger Prediction. Dalam setiap situasi yang kita hadapi, cuba kita imagine apa bahaya yang tersembunyi atau yang boleh timbul. Cek dulu betul-betul sebelum buat sesuatu tindakan. Check Safety Before Action! Mungkin dari situ kita boleh nampak apa bahaya yang ada dan boleh eliminate the source.

Contoh yang senang lah saya bagi. Jenis bahaya: Kebakaran di dapur. Bila nak masak kat dapur, sebelum buka api, cek dulu ada tak benda yang highly flammable contohnya kertas ke dekat tepi-tepi stove tu. Dalam masa yang sama cek juga whether kipas terpasang ke yang boleh menyebabkan benda-benda terbang ke arah api. Kalau ada, eliminate the source. Bila dah rasa selamat, baru buka api. Sekadar contohlah..

Jepun yang terkenal dengan bermacam-macam jenis sistem dan salah satunya yang paling ditekankan adalah dari aspek keselamatan. Lagi-lagi kalau tempat kerja yang agak kritikal dari segi safety macam kilang, site dan sebagainya. They are really good at handling this safety matter walaupun sometimes rasa macam absurd. But better be safe than sorry kan.

KY ni boleh di practice anytime, anywhere dalam setiap aspek kehidupan kita sebenarnya. Dah jadi responsibility kita untuk mengelakkan bahaya walau dimana berada. Especially parents with kids. Kena sentiasa cek safety untuk anak-anak juga kan..

Maybe later I will share more on this. In the meantime, please stay safe yer peeps=)


p/s: KY dikalangan anak-anak muda Jepun juga ada maksud lain selain Kiken Yochi. Iaitu KY=Kuuki Yomenai (空気読めない). Ini kalau direct translation dia 'tak boleh membaca udara'. Hehe boleh faham tak? Kuki Yomenai ni selalu digunakan macam kata sifatlah bagi orang yang kurang sensitif dengan keadaan sekeliling dia. Contohnya kan macam ni.. Aminah dan Aisyah ni tengah sedih pasal sesuatu, muka suram je tak ceria takde moodlah orang tengah sedih kan. Tiba-tiba Ali ni boleh pulak buat lawak ntah apa2 tanpa dia sedar pun yang kawan-kawan dia ni tengah bersedih sebenarnya. Ini contohlah..


16 comments:

  1. wah menarik dapat ilmu baru, thanks for sharing... *_^

    ReplyDelete
  2. Assalam siti,
    comei jer entry ni
    mari blajor bahasa nipon he3
    suke3

    ReplyDelete
  3. Bab keselamatan ini memang penting :)

    ReplyDelete
  4. Comel pulak maksud KY yg kedua tu. Boleh gak guna dlm perbualan harian.

    *KY betullah kau ni.. org tgh sedih, kau gelak pulak!! Hahahha

    ReplyDelete
  5. Jepun memang bagus bab ni. KY la dan 5S pun dr jepun jg.

    ReplyDelete
  6. tau 5s jer...tak tau pulak adanya KY...thanks for sharing...^_^

    ReplyDelete
  7. Jepun ni macam2 kan tapi sgt bagus...

    ReplyDelete
  8. Setahu saya, if bekerja dengan company Jepun mereka sangat berdisplin. Punctual.

    ReplyDelete
  9. thanks for sharing... nice info

    ReplyDelete
  10. Kiranya utk mengutamakan keselamatanlah KY ni.

    ReplyDelete
  11. company Jepun mmg cmtu...hr tu tgk dlm tibi siap ada senaman bgai pg2 kilang mn tah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai kilang kami pun bersenam pagi2 ngeee ^^;

      Delete
  12. Baru first time tau KY ni.
    Japan origin rupanya..

    ReplyDelete
  13. hehehes.. dulu masa jadi guru ganti ada pekerja2 kat sek dok buat exercise macam orang jepun buat pepagi before kerja. cute aje hahaha tapi syukur tak disuruhnya cikgu joget skali..

    ReplyDelete
  14. macam spontan action kita kalau tengok benda bahaya la ni kan? nampak benda bahaya dan terus jerit maklumkan kan?

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...