Thursday, December 18, 2014

Hijrah hati

Assalamualaikum semua=)

Suka saya nak share apa yang saya dengar kat ikim semalam. Slot Islam Itu Indah tapi lupa nama ustaz nya -__-;

Katanya orang boleh dibahagikan kepada 3 jenis:
1. Orang berjaya : Yakni orang yang hari ini lebih baik dari semalam.
2. Orang terpedaya: Yakni orang yang hari ini sama dengan hari semalam.
3. Orang celaka: Yakni orang yang hari ini lebih buruk dari semalam.

Baik dari segi apa?
Ada 2 iaitu baik dari segi amalan sebagai hamba, dan sebagai khalifah.

Bagaimana menjadi orang yang baik?
 Pertama sekali kena buat ialah hijrahkan hati kita. Hijrah untuk meninggalkan kejahatan. Hijrah dari percaya kepada yakin.

3 sebab orang buat jahat adalah:
1. Tak yakin pada Allah.
2. Tak yakin pada akhirat.
3. Terlalu cinta pada diri dan tak mengasihi orang lain.

Jadi orang Islam yang berbuat jahat ni sebenarnya hanya percaya (pada Allah), tapi tak yakin.

Apa beza antara percaya dengan yakin?
Percaya ini dengan akal, tapi yakin dengan hati.
Percaya ini dengan berfikir, tapi yakin dengan merasai.

Contohnya:
Orang yang tahu Allah mendengar berbeza dengan orang yang merasai Allah mendengar.

Percaya sahaja hanya cukup untuk mengesahkan iman seseorang. Menjadikan seseorang itu Muslim.
Tapi dengan yakin meresap dalam hati, menjadikan seseorang itu mukmin.

Bagaimana menjadi seorang mukmin?
Adalah dengan ilmu. Ada sahabat (atau imam, maaf saya tak sempat take note namanya) mengatakan bahawa definisi ilmu itu adalah ketibaan makna pada hati. Ilmu bukan setakat mengetahui, tapi perlu dirasa dengan hati.

Oleh itu untuk menjadi orang yang baik kita perlu yakin pada Allah, pada hari akhirat (IMAN) serta mengasihi orang lain (UKHUWAH).

Setakat ini saja yang sempat saya take note. Semoga bermanfaat.

InsyaAllah lepas ni saya nak cuba sampaikan pada anak-anak pula. Semoga kita semua menjadi orang mukmin. Amin..


6 comments:

  1. Kakak pun dengar siaran tu Siti. Tak silap kakak ustaz Pahrol dengan DJnya Siti (eh... bukan siti empunya blog ini hihi....). Sebenarnya setiap pukul 5:15 petang kalau ikuti siaran IKIM banyak pengisian boleh ditimba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak..yes saya pun selalu dengar slot petang tu dlm kete..tapi halfway sebab pukul 5:30 baru kuar kilang..

      sekarang baru beli earphone boleh dengar ikim dlm ofis hehe..

      Delete
  2. TQ berkongsi ilmu...
    Saya pun suka dgr slot2 di Radio IKIM..slot yg awak dengar tu by Ust Pahrol Mohd Joi

    ReplyDelete
  3. Hijrah haji daripada cintakan dunia.
    Pesanan buat diri ini.

    ReplyDelete
  4. betoi2. suka part percaya beza dengan yakin tu :)

    ReplyDelete
  5. Insya Allah kak. Suka akk buat pengkongsian mcm ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...