Wednesday, December 24, 2014

Cinta Nasi Dagang Tak Kesampaian

Sebelum orang datang ketuk pintu rumah saya bertanyakan nasi dagang (hehehe), biarlah saya ceritakan kesudahannya yang begitu tragis sekali.

Nasi dagang saya tak menjadi T__________________T
Agak keraih hinggakan lenguh rahang mengunyahnya T___________T
Haikal panggil nasi kicap keras T_______________T

Beginilah rupanya masa baru-baru nak kukus. Tapi nasi dagang yang saya makan kat Terengganu bukan macam ni tau. Tu yang saya tak konfiden nak masak ni.

Bila beras dah kembang sikit, berlaku lah upacara penggaulan dengan pre-mixed santan, hirisan bawang, halia, halba, gula dan garam.
Setelah dikukus sekian lama sejam lebih kurang, beras yang putih dah masak dan lembut rasanya. Masalahnya beras yang perang ni masih lagi rasa macam padi. Saya pun tak tau beras jenis apa sebenarnya ni. Padi biasa ke padi jenis lain ka. Pening kepala memikirkannya. Ni yang sambil masak sambil hands-free calling dengan mama. Dia suruh whatsapp gambar beras perang ni. Katanya patutnya dah masaklah ni mungkin rasanya agak keras begitu.  

Jam pun dah pukul 9 pagi, perut anak-anak dan mak bapaknya dah lapar. Kita makan ajelah.. Alhamdulillah boleh dimakan. Lepas tu takde sesapa yang sakit perut hehehe. Cuma rasa nasinya agak keras huhu. Gulai ayam dan acar saya dah buat malam sebelumnya lagi.

Alhamdulillah nasib baiklah gulainya menjadi. Ini second attempt saya buat gulai guna rempah cap bunga rose ni. Hari tu buat dah gulai ikan tongkol. Diorang punyalah suka makan bertambah-tambah sampai kena masak nasi lain untuk satu sesi makan malam. Kali ni sebab anak-anak dan bapaknya suka memakan ayam maka saya pun buat gulai ayam lah demi orang tersayang.

Inilah pengalaman pertama saya buat nasi dagang sendiri tanpa mama disisi haha. Sebenarnya kan, saya tak masukkan susu seperti yang diarahkan oleh Mak Cik Faiza. Saya ikut cakap mama, cuma masuk santan saja. Mungkin tak cukup santan. Mungkin juga Mak Cik Faiza murka dengan saya, maka tak menjadi nasi dagang saya hehe. Mungkin juga saya kurang selawat dan tawakkal, asik risau nasi tak jadi. Lalu Allah menurut sangkaan hambanya. Sebab tu lah kita ni kena positif sentiasa. Negatif akan menarik negatif jua adanya. (Bercanggah dengan teori electron ni hehehe)

Maka saya telah berjanji dengan mama, balik kampung next time nak buat sesi eksperimen lagi. Abang Veder pun dah kedengaran request nasi dagang lagi.. saya dengar sayup-sayup di telinga hahaha..

6 comments:

  1. pernah sekali buat nasi dagang.. memang leceh.. memang salute kat siti sebab berani buat sendiri.. hehehe

    ReplyDelete
  2. Hihi... nasi kicap pandai aje dia nak panggil sebarang - mungkin sebab warna coklat dia yg menyerlah lebih. Kalau yg biasa putih lebih banyak dari coklat dia kan... Kakak rasa bukan kerana tak bubuh susu tapi memang beras dia jenis yg keras. Still boleh dimakan oklah tu... lauk pulak sedap tak ada masalah..

    ReplyDelete
  3. tak pe lahh keras sikit. asalkan boleh makan :)

    ReplyDelete
  4. Makcik Faiza murka la tu...hihihi...

    xpela...pestime...lain kali dh tau dh mn silap dia

    ReplyDelete
  5. kira menjadi tu first try dah almost perfect!

    ReplyDelete
  6. tak ape Cik Siti nanti boleh try lagi heheh.. ni mak ayah CT sukalah tapi CT kenot go sangat. even dulu duduk trengganu for few years tapi takleh pi kat tekak ni..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...