Tuesday, December 9, 2014

Ada insurans tapi tak pernah guna? - CMK #1

Komen blogger:
Zumal ada amik insuran tapi tak pernah guna pun... Hehe ^-^

CikSiti membalas komen:

Ini adalah sebenarnya bagus! Tahniah dan syukur alhamdulillah.. kerana ini tandanya Encik Zumal seorang yang sihat dan pandai menjaga kesihatan =)

Tiada istilah RUGI ada insurans tapi tak pernah guna. Of course kalau kita betul-betul sakit, better guna insurans yang kita bayar bulan-bulan tu. Tapi kalu tak pernah sakit, that's really a blessing for you. Taukah anda ada plan yang provide NO CLAIM BONUS? Kalau you all tak pernah sakit dan tak pernah claim untuk tahun itu, syarikat insurans (Prudential contohnya) akan bagi sejumlah amaun mengikut dalam polisi. Nak tau you all eligible ke tak? Sila cek polisi masing-masing hehe.

Dan suka saya nak ingatkan janganlah sengaja-ngaja jer nak admit masuk hospital walaupun sebenarnya tak berapa sakit. (Ada kes macam ini). Kerana ini akan merugikan anda juga! Antara keburukannya:
  1. Mengurangkan dana perubatan dalam pelan anda. Kalau sekali admit 5-6 ribu, makin lama makin sikit lah tinggal dalam coverage limit tu. Nanti kalau betul-batul sakit teruk, nak guna dah tak cukup kan susah.
  2. Menyukarkan anda untuk upgrade pelan/beli insurans baru. Pihak insurans boleh detect setiap kali anda admit. Kalau nanti nak upgrade pelan contohnya dari R&B (room n board) RM100 ke bilik lebih tinggi, disebabkan history admit yang banyak, mungkin akan di reject.
  3. Boleh mengakibatkan harga insurans naik secara keseluruhan. Kalau semua orang duk pakat claim je, lama-lama dana dalam pool pun tak cukup untuk cover semua orang.
Itu saja setakat ini.. yang penting JAGA KESIHATAN dan amalkan gaya hidup sihat. Mencegah lebih baik dari merawat. Tapi worst case kalau sakit (sakit kan ujian dan rahmat dari Allah), insha Allah tak perlu risau pasal bil rawatan dah kalau ada insurans beserta kad kesihatan.

Komen ini daripada entry : Eh, insurans saya tak cover hospital?!
Lawat blog pengomen: Dunia Zumal

Slot CikSiti membalas komen ini mungkin akan menjadi rutin. Teruskan mengomen, bertanya atau beri pendapat. Mungkin selepas ini giliran komen anda pula diulas oleh CikSiti =)

6 comments:

  1. ermm ana pulak jenis auto potong dari account maybank kak.
    rm45.00 setiap bulan. beli prudential ni pon dulu via fon call tu.
    sbb mls nk melayan org tu becakap dah, ana terus je ckp setuju.
    hurmm tp sbnrnye ana x tau apa pon psl insurans yg ana ambik ni kak.
    apa yg perlu ana buat untuk ambil tahu segala maklumat polisi ana ye kak?

    ReplyDelete
  2. by the way good info CikSiti, ada ye yang sengaja nak guna ye..

    ReplyDelete
  3. good sharing cik siti...sy amik utk anak je..stkt ni alhamdulillah masih blm guna lagi MC tu

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas penjelasan CikSiti tu... Kini zumal lebih faham...

    ReplyDelete
  5. bagus la.. ejen CT pun mcm akak le.. rajin hapdet info2 terbaru.

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...