Tuesday, November 18, 2014

Suatu Hari di Kuala Kangsar


Assalmualaikum=)

Maafkan saya lama menyepi yer sampai ada yang kata dah habis baca seluruh isi blog ni pun tak ber update lagi. Amboi gigih ya. Terharu ni hihi.. terima kasih daun keladi=)

Alkisahnya kami balik Ipoh weekend hari tu menjenguk mak abah, mama dan adik2 tercinta. Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki menatap wajah-wajah kesayangan.

On the way balik Ipoh hari Sabtu, kami singgah kat Kuala Kangsar, setelah sekian lama tak p..

Ini kedai pak cik Abg Veder (husband saya lew tew). Setentang dengan setesen keretapi Kuala Kangsar. Ada jual mee/bihun/kuew tiau kari/sup, nasi lemak, nasi ayam. Jemputlah datang..Ada 10 unit kedai makan sederet ni. Moh ler singgah =) Tapi bukak dari pagi sampai tengah hari ajer kedai ni. Kedai lain mungkin ada yang sepanjang hari agaknya.

Lepas makan singgah Persisiran Sayong sat. Excited bebudak ni tengok air. Takut ada yang terjun, tak dapat kami nak berlama-lama hehe.
Kita naik sampan tipu-tipu je lah yer anak-anak demi keselamatan dan kemaslahatan bersama hehe. Kat belakang sanun banyak kedai-kedai makan. Bau laksa yang kuat mengiurkan haha. Ajak Abg Veder makan tak dilayan. Sebab baru pas makan kan hihi

Singgah Masjid Ubudiah pula. The kids frust sebab tak masuk castle haha so bawak mai masjid pun bolehlah. Malah lebih afdhol gitteww.. Alhamdulillah berpeluang menjejakkan kaki kat sini. Cantik juga masjid ni.

Moh kita balik. Hari dah nak hujan. Herrm kat sini lah tempat kejadian memori daun pisang zaman muda remaja dulu kala hahahahaha. Apakah ia? Biarlah rahsiaaaa hihihi..

Bye-bye Kuala Kangsar. Next time ada rezeki kita datang lagi..

Udah nak sampai pun rumah mak. Singgah beli putu bambu Kampung Temiang. Sedappp satu bekas RM3. Lupa pulak nak ambik gambar kuihnyer walaupun beli 5 haha tamak haloba. Adoi lapar pulak rasaa..

Sekian dulu yer. Maaflah tak berapa pandai nak wat ala-ala travel log. Camera pun tak bawak ni semua gambar ihsan Abg Veder.  Sebenarnya saya paksa Abg Veder ambik gambar hehe. Mai lah jalan-jalan ke Perak=)


4 comments:

  1. salah satu hajat.tingin nk p Kuala kangsar tp x smpai2 lg pong

    ReplyDelete
  2. Kuala Kangsar.. Selalu singgah setakat keluar tol tu je..
    Tak pernah rasanya ronda2 situ..

    Tapi putu bambu tu dah lama sangat tak makan :D

    ReplyDelete
  3. Salam Zai & Myra,
    Thanks for commenting..jomlah jalan-jalan kuale. dah dekat dah tu hehe..

    ReplyDelete
  4. wahwah kak siti besnya ! ana ada gak sepupu kat K.kangsar ni. dia meniaga roti canai. org sana pggil roti canai azli capitol kot kalo x silap hehe. pnh gak p 2-3 kali sana tp blm jejak kaki kat masjid tu lg. nti nk p lah hehe

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...