Friday, November 21, 2014

Siapalah kita..hanyalah sekerdil hamba

Salam Jumaat yang penuh barakah..

Hari Jumaat penghulu segala hari. Tiba-tiba teringat kisah adik baby Hari Jumaat bin Hafidz hehehehe. Alhamdulillah masih lagi bernafas sampai ke hari ini. Walaupun saya insan pendosa malah mudah lalai lagi alpa, Allah masih beri saya peluang untuk bertaubat dan mendekatkan diri padaNya. Maka oleh kerana itulah masih adanya seorang saya di muka bumi ini.

I came across this article dekat FB. Not really an article la. Banyak gambar je. Pada saya apa yang gambar tu cuba nak sampaikan adalah betapa kecilnya kita ni sebagai manusia, sangat sangat kecil. Sedangkan kalau dibandingkan matahari dengan bumi yang kita duduk ni pun, bumi itu sudah sangat kecil. Apatah lagi kita ni ibarat semut je kot. Maha suci Allah Tuhan sekalian alam. Tak terjangkau dek akal.

And this is where you live in your neighborhood, the solar system.

Sungguh kata-kata Allah itu benar. Sungguh al-Quran itu benar. Tiada lain yang lebih benar. Siapalah kita untuk menidakkannya.

Akal fikiran kita sememangnya terbatas jika untuk memikirkan kejadian alam semesta ni. Bukan tandingan kita. Sebab tu orang tua-tua kata usah difikirkan benda yang diluar jangkauan kita, boleh gila jadinya.

Betul tau. Ada seorang yang kurang waras akal fikirannya. Dulu selalu saya jumpa di stesen bas Kuala Terengganu. Beliau ini kata orang dahulunya amatlah bijak pandainya. Terlampau banyak membaca menimba ilmu. Akhirnya memakan diri. Memang selalu bila saya nampak beliau, seolah-olah sedang berhujah. Panjang lebar hujahnya tapi tidaklah dapat difaham oleh akal kecil saya (sekolah rendah waktu itu). Apa kesudahan beliau? Wallahualam. Semoga syurga tempatnya.

Kesimpulannya? Ingatlah tiada yang lebih besar, tiada yang lebih kuasa dari-NYA. Bahkan kita hanyalah hamba yang sekerdilnya. Semoga hari ini kita ingat, hari esok pun kita ingat, malah sampai kapan pun kita ingat.

Saya menulis sekadar memperingati meluah rasa. Bukan kerana saya lebih sempurna imannya. Bukan juga kerana saya rasa lebih mulia akhlaknya. Malah saya juga insan yang penuh dengan kedaifan, yang mengharap belas ihsan Allah cuma.

Maafkan saya bukanlah berpujangga. Tapi bahasa memang minat saya. Macam mana boleh jadi engineer pon taktaulah saya. Hehehe. Apapun sempena Jumaat yang mulia, jom doa banyak-banyak dan sedekah=)

14 comments:

  1. tazkirah yg bagus. salam jumaat cik siti

    ReplyDelete
  2. Moga kita semua di bawah LindunganNYA.. amin..

    ReplyDelete
  3. Tak payah tgk jauh2 kat matahari...
    Tgk kat makhluk Allah yg lain, yang lembut, yg kita guna hari2...AIR.
    Boleh aja AIR tu jadi lagi besar & membahayakan kita..
    Org yg bongkak aja selalu perasan diri besar..
    Moga kita dijauhi dari sifat2 mazmumah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Daddy Ziyyad..tengok jelah bila tiap kali musim tengkujuh..datangnya banjir pun sebenarnya dah jadi musibah. itu baru sikit..

      amiin

      Delete
  4. Renung saja ke dalam diri kita, apa yang Dia beri utk kita..mata, telinga, malah bulu roma yg ada dlm liang telinga kita itu pun tandakebesaranNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak..anak2 kita pun kebesaranNya..semua yang ada kat dunia ni in fact tanda kebesaran Allah kan

      Delete
  5. Kejadian kita sahaja sudah menunjukkan betapa kita kerdil di sisiNya. Semoga kita sentiasa dibawah payung rahmatNya. Insyaallah :)

    ReplyDelete
  6. Ye...memang kita sangat kerdil :(
    Mungkin ramai yang lupa hakikat ni.

    ReplyDelete
  7. haah betoi3. kat tmpt ana kerja pon ana ada nmpk sorang brader ni dia kurang siuman. dgr cerita org2 kata dulu dia pandai gila. tp sbb dpt result yg dia mmg x expect, trus dia down & jd x waras cmtu. moga2 kita dijauhkanla dr smua tu kan kak Siti.

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...