Friday, November 28, 2014

Anda suka minum latte?

Assalamualaikum..

Salam Jumaat semua=)

Siapa kat sini yang suka minum coffee latte? Those yang suka buat trips ke Starbucks ke Old Town White Coffee ke Coffee Beans ke mesti familiar sangat dengan menu-menu latte ni kan. As for me, I'm not one of the coffee lovers, so no thank you. Dan saya juga ada sedikit resistance terhadap going into fancy coffe shops so sangat jaraaaaaaaaang masuklah actually. But if you do love them, why not kan? As long as you're are happy=))

Next question. Banyak pulak soalan kan petang-petang Jumaat ni hehe. Siapa kat sini tau atau pernah dengar pasal financial guru cum author bernama David Bach? Dia sangat terkenal dengan buku pertama dia Smart's Women Finish Rich. Which I read back then in my college time and still have the copy. If you ave read the book, good for you=) Saya harap anda sedang bergerak ke arah financial freedom dengan jaya. Doakan saya juga yang masih merangkak ni heheh.

So hari ni saya nak share pasal Latte Factor. Apakah benda alah nyer Latte Factor ni? Ia sebenarnya satu frasa yang Encik David ni suka sangat guna untuk menyedarkan orang ramai bahawa hanya dengan menyimpan dalam kadar yang sikit, untuk jangka masa yang panjang, sebenarnya boleh membuatkan orang tu jadi jutawan!

So mekanisme dia macam ni lah lebih kurang. Mekanisme? Forgive my words selection.. after all I am still a technical person Bertabah ya kawan-kawan.

  • Setiap hari kita spend duit untuk benda-benda kecik macam fast foods, rokok, snack atau kudap2, dan even latte. Ataupun kalau kita memang jenis makan kat luar setiap hari, tiap kali tu order air sedap-sedap juga.
  • Perbelanjaan kita yang sikit-sikit ni, kalau dikumpulkan dalam berapa bulan atau tahun boleh jadi nilai yang agak besar.
  • Kalau kita sebaliknya laburkan duit tu, kemungkinan kita boleh create dana yang besar untuk persaraan kita. Mungkin boleh capai RM1 juta!
Basically macam ni lah kalau real senario dia..

Ahmad mendapati hari-hari duit dia ni adaaa je lah yang dia buat belanja. Lagi lagi dia ni perokok tegar, sehari hisap sekotak rokok. Sekotak rokok sekarang katakan RM12. Pagi2 breakfast kat fancy cafe harga kopi saja (tak termasuk nasi lemak) katakan RM5. Pukul 10 keluar brunch sambil-sambil menghembus asap pulak, belanja lagi RM5. So berapa dah? RM22 kan..

Katakanlah Ahmad, berumur 23 tahun, simpan RM5 setiap hari, setiap bulan dapat simpan RM150(RM5x30hari). Lepas setahun Ahmad boleh melabur dalam RM2,000. Dengan rate dividen 10% setahun, agaknya berapa yang Ahmad ada bila dia umur 60 tahun?

Cuba you all imagine anda kat tempat Ahmad, tapi tak hisap rokok lah ye better hehe. So you simpan RM5 setiap hari selama 40 tahun. Berapa banyak agaknya you akan ada bila bersara nanti? Mungkin RM100,000, RM200,000 atau RM500,000? Dekat RM1.2 juta!! So just imagine mungkinkah kopi mahal anda (atau benda lain, isi tempat kosong ____ ) sebenarnya bernilai RM1 juta? Even kata simpan kat Tabung Haji dengan rate of return 5-6% pun dah boleh jadi dalam RM500,000.

Nilai yang sikit setiap hari + disiplin melabur = JUTA!

Jadi apa tunggu lagi? Simpanlah dari sekarang no matter how young you are. Lagi muda lagi bagus..

P/S: Kalau ada yang nak pinjam buku Smart Woman Finish Rich saya, just let me know ok. FOC =)


Thursday, November 27, 2014

1st Anniversary Giveaway Mind Meld


CLICK BANNER TO JOIN



Isteri dan Suzuki Cup 2014

Salam semua=)

Apa khabar hari ni? Saya Alhamdulillah getting better dengan simptom selsema masih berbaki. Small matter lah tu..

So you all minat dengan bola? Saya bolehlaa, kalau husband bukak channel bola saya layankan aje. Tips rumah tangga bahagia giteww. Cuba faham apa yang pasangan kita minat. Jangan sesekali perlekehkan minat dia sekalipun kita tak minat. I have a friend who is very supportive dengan minat husband dia terhadap bola dan terhadap segala jersey bola. Sama-sama stay up tengok game. Dia boleh sort out satu wardrobe untuk husband letak jersey saja. Walawwehh.. Kalau husband tak sayang lagi taktau la nih haha.



Saya pun ada satu masa tu minat juga bola. Siap join budak2 lelaki main Fantasy Football lagi. Haha takde kerja betul. Masa study dulu selalu join the boys main futsal. Siap ada perlawanan futsal antara Uni dekat Jepun dulu. Saya menang tau siap masukkan 2 gol lagi. Hehehe. Tapi saya sorang je josei (perempuan) yang terlebih semangat masa tu. Orang lain main malu-malu jer ihiks..

So sedikit sebanyak saya fahamlah kalau Abg Veder tak mau keluar rumah kalau ada hari yang ada game tu. Redho je lah haha. Bukan selalu pun. Ataupun kalau kat kampung, takmau balik rumah mama time ada game sebab mama tak subscribe sports channel. Okay ni tipu je. Dia balik juga dan tengok game kat phone guna Astro On The Go. Heheh.

Kesimpulannya mesti ada toleransi lah senang antara suami isteri. Suami cuba faham minat isteri, and vice versa lah. Baru adil dan saksama kan. Anyway husband saya pun selalu support je apa yang saya buat. Walaupun dia ada kata saya ni involve banyak sangat benda sampai tak fokus. Heheh. Betul tu. Saya sokong. So saya kena lebih fokus yer sekarang hihi.

So Suzuki Cup tahun ni saya pun tak perasan bila dia start haha. Tapi adalah join tengok sesikit game Malaysia main. So far the result, Malaysia seri dengan Myanmar 0-0, semalam kita kalah dengan Thailand 2-3. Next game lawan Singapore hari Sabtu ni 29/11.. So isteri take note yer kalau suami kaki bola, mungkin anda tidak akan kemana-mana hari Sabtu ni. Ataupun suami anda mungkin meninggalkan anda kat rumah untuk tengok bola kat kedai mamak. Hehehe.

p/s: Suami pun janganlah over sangat kalau boleh. Kalau lebih sangat kita nak support pon payah. Nak lepuk berdosa pulak. Hehe. Bersederhanalah dalam setiap perkara=)


Kasut PUMA Hadiah dari Abah

You all semua jangan tak percaya, saya dulu agak tomboy orangnya. Hahah! Semua kawan-kawan sekolah saya, kalau jumpa sekarang they all akan buat remark seperti:

“Ya Allah, ayunya kau Sid” (yes kawan sekolah panggil saya Sid, lebih havoc berbanding Siti ahaks)
“Eeeee Sid, aku tak percaya lah ko dah jadi macam ni. Siap anak dah 3 lagi..” (amboi kau dah kenapa tak percaya aku boleh beranak -__-;)
Dan..
“Ooooooi kurusnya ko Sid!!” (ya.. dulu saya tak kurus heheh)
Yes I’ve changed a lot. For the better heheh.
Saya dulu main hoki tau sejak darjah 5 sampai habis form 5. Masa sekolah menengah, lepas dapat masuk team sekolah, coach minta kami beli boots yang lebih sesuai untuk main hoki kat padang berbanding pakai sport shoes biasa. Pakai sport shoes biasa ni licin, sat2 tergolek nak nak time hujan hehe. Masa balik cuti sem (saya sekolah asrama), saya pun minta arwah abah belikan boots. Dan saya ingat lagi abah belikan boots PUMA warna hitam, gambar harimau dia tu warna biru. Walaupun kami bukan orang berada, abah tetap belikan untuk saya. Demi sokongan terhadap anaknya ini. Terima kasih Abah!


Gambar ihsan google. Lebih kurang macam ni lah kasut saya dulu.
Dan saya lebih selesa pakai sneaker bila berjalan sesuai dengan perwatakan saya yang ‘tak berapa ayu’ suatu waktu dahulu. Especially waktu zaman study dulu2 yang memerlukan saya turun naik bas lah ketapi lah basikal lah. Kalau kena kejar anjing ke, dah terbangun lewat ke, laju sket boleh lari haha.
Cukuplah mukadimah setakat ini. Amboi punya panjang baru mukadimah je? Hihi. Kat sini suka untuk saya kongsikan kepada penggemar-penggemar sneakers (PUMA especially) kat luar sana, cara-cara membersihkan sneaker supaya bila pakai tu nampaklah cantik dan kemas je kan. Tak kiralah kalau tuan empunya badan dia comot sket pon. Hehehehe..
How to Clean Suede Puma Shoes
Penggemar jenama PUMA pastinya tidak asing lagi dengan koleksi sneaker Suede mereka yang cukup klasik seperti gambar berikut. Salah satu koleksi kasut sneaker Puma ini cukup digemari ramai adalah kerana reka bentuk kasut yang cukup selesa dipakai terutama sekali bagi mereka yang ‘kaki travel’. Pemakaian kasut sepanjang hari tidak langsung memberikan kesakitan pada kaki malah amat melancarkan perjalanan anda.












Bagi yang sedang tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk membersihkan kasut suede Puma, perlu diingatkan bahawa cara pembersihan adalah berbeza dengan kasut kulit mahupun kasut kanvas. Ini kerana, struktur suede itu sendiri adalah lembut dan dan agak sensitif.


 Oleh itu, pertama sekali, anda haruslah membersihkan permukaan kasut dengan menggunakan berus yang lembut. Beruskan kasut secara selari supaya tidak merosakkan struktur kasut suede tersebut.

Cara ini mungkin agak unik, tetapi amat berkesan. Bagi kotoran yang ketara, gunakan pemadam pensel bagi menghilangkan kotoran tersebut.


Dan terakhir sekali, semburkan suede protector untuk menyempurnakan langkah-langkah pembersihan kasut suede anda.


Sekian.. Senang kan? Sesiapa ada kasut suede bolehla try apply cara ni. Kalau belum ada dan sedang mencari, boleh tengok2 kat Zalora yer. Semoga bermanfaat=)

Wednesday, November 26, 2014

Nikmatnya sihat

Asalamualaikum semua=)

Alhamdulillah CikSiti masih lagi bernafas di muka bumi ini. Sejak dua menjak Allah bagi rahmat dan kasih sayang dengan menguji saya dengan demam, selsema, sakit kepala, ulcer dalam mulut dan sakit gigi. Sebab apa saya kata rahmat? Sebab kalau kita tak sakit, jarang kita nak bersyukur dengan sihatnya tubuh badan kita, selesanya rasa kalau tak sakit kepala, syoknya kalau hidung tak tersumbat.  Bila dah sakit macam ni baru lah terasa kehilangan nikmat tu kan. As some saying says, we never appreciate something until it's gone..

Tadi on the way datang office saya nyaris nak ter accident. Bila kepala ting tong, judgement masa driving pun kurang tepat. Alhamdulillah tidaklah berlanggar, setakat kena hon saja. Actually dah berapa kali jugak jadi minor accident bila drive waktu tak sihat. Bahaya betul kan. I desperately need to rest. Nak kata overworked pun macam taklah kerja bertungkus lumus mana. Hehe.

Anyway, sekarang memang musim orang sakit agaknya. Kat office pun ramai yang tak sihat. Take care of your good health yer kawan-kawan. Minum air masak banyak2 tau. And avoid driving when you are not feeling well. Bukan saja membahayakan diri sendiri malah orang lain juga kalau drive masa tak sihat. Nasihat untuk diri sendiri sama nih. Huhu.

Saturday, November 22, 2014

Ganti Gaji



Assalamualaikum semua..
How's your weekend so far? Hehe. Let's start an early day everyday okay. Barulah rasa weekend panjang sikit. Let's be productive!

Just  an quick update sebelum saya keluar rumah hari ni. Saya ada buat entry pasal pelan pengganti gaji sebelum ni. Lebih kepada traditional life insurance/takaful. Saya sangat syorkan isteri-isteri ambik untuk suami. Kalau suami kita tiba-tiba meninggal dunia, at least ada sedikit bekalan untuk kita dan anak-anak. Bayaran bulanan pun tak mahal. Ikut budget anda RM50 sebulan pun boleh..

Saya baru tolong sorang kakak kerani kat office ambil pelan ni untuk suami dia. Alhamdulillah permohonan lulus walaupun suami dia ada history slipped disc. So please ye. Masih sihat, masih muda adalah waktu paling untung untuk buat insurans. Kalau tak berapa muda atau tak berapa sihat pun insha Allah boleh kita usahakan.

Any further information needed, straight away contact saya okay=) siti.sharini@gmail.com. Atau tulis saja di ruangan comment. Thanks!

Friday, November 21, 2014

Siapalah kita..hanyalah sekerdil hamba

Salam Jumaat yang penuh barakah..

Hari Jumaat penghulu segala hari. Tiba-tiba teringat kisah adik baby Hari Jumaat bin Hafidz hehehehe. Alhamdulillah masih lagi bernafas sampai ke hari ini. Walaupun saya insan pendosa malah mudah lalai lagi alpa, Allah masih beri saya peluang untuk bertaubat dan mendekatkan diri padaNya. Maka oleh kerana itulah masih adanya seorang saya di muka bumi ini.

I came across this article dekat FB. Not really an article la. Banyak gambar je. Pada saya apa yang gambar tu cuba nak sampaikan adalah betapa kecilnya kita ni sebagai manusia, sangat sangat kecil. Sedangkan kalau dibandingkan matahari dengan bumi yang kita duduk ni pun, bumi itu sudah sangat kecil. Apatah lagi kita ni ibarat semut je kot. Maha suci Allah Tuhan sekalian alam. Tak terjangkau dek akal.

And this is where you live in your neighborhood, the solar system.

Sungguh kata-kata Allah itu benar. Sungguh al-Quran itu benar. Tiada lain yang lebih benar. Siapalah kita untuk menidakkannya.

Akal fikiran kita sememangnya terbatas jika untuk memikirkan kejadian alam semesta ni. Bukan tandingan kita. Sebab tu orang tua-tua kata usah difikirkan benda yang diluar jangkauan kita, boleh gila jadinya.

Betul tau. Ada seorang yang kurang waras akal fikirannya. Dulu selalu saya jumpa di stesen bas Kuala Terengganu. Beliau ini kata orang dahulunya amatlah bijak pandainya. Terlampau banyak membaca menimba ilmu. Akhirnya memakan diri. Memang selalu bila saya nampak beliau, seolah-olah sedang berhujah. Panjang lebar hujahnya tapi tidaklah dapat difaham oleh akal kecil saya (sekolah rendah waktu itu). Apa kesudahan beliau? Wallahualam. Semoga syurga tempatnya.

Kesimpulannya? Ingatlah tiada yang lebih besar, tiada yang lebih kuasa dari-NYA. Bahkan kita hanyalah hamba yang sekerdilnya. Semoga hari ini kita ingat, hari esok pun kita ingat, malah sampai kapan pun kita ingat.

Saya menulis sekadar memperingati meluah rasa. Bukan kerana saya lebih sempurna imannya. Bukan juga kerana saya rasa lebih mulia akhlaknya. Malah saya juga insan yang penuh dengan kedaifan, yang mengharap belas ihsan Allah cuma.

Maafkan saya bukanlah berpujangga. Tapi bahasa memang minat saya. Macam mana boleh jadi engineer pon taktaulah saya. Hehehe. Apapun sempena Jumaat yang mulia, jom doa banyak-banyak dan sedekah=)

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015





Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.



Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com


Thank you for your support!






Thursday, November 20, 2014

Perokok yang tak patut

Minggu lepas saya encounter 2 situasi kurang menyenangkan melibatkan perokok. Saya bukan nak double standard pada perokok ke apa. Belive me husband saya pun merokok dan dulu lebih tegar sebab dia beli rokok sekotak sehari. Saya tak pernah paksa dia berhenti merokok sebab saya tau it won't do. Kalau sesiapa nak berenti merokok, it has to come from the bottom of their heart (ewah). So tiada sistem paksaan di situ. Sistem mengugut pun tiada. Sebab apa? I know walaupun dia bertahan untuk tak merokok di depan saya, dia boleh merokok kat office atau mana2 luar rumah. See I have no power over him. Hanya saya minta dia please get away from the children when smoking. Merokok kat luar rumah saja. No smoking in the car as well. Tapi sekarang aktiviti merokok Abg Veder dah berkurang. Or at least he's not buying his own ciggarete pack anymore. So no more smoking at home. At the office, I leave it to his judgement lah. Puncanya selepas dia diserang seizure (sawan) last year, jadi sekarang sudah insaf sikit. You can read about it here, and here. Anyway, I think he has done a good effort. Bukan senang juga nak berhenti merokok tau. Syabas Abg Veder.


So minggu lepas, saya nampak seorang ayah ni merokok sambil dukung anak perempuan dia whom I gues about 3 years old umur dia, kat kedai mamak. Hurm. I don't get it at all how he can do such thing.

And another one I saw one school kid dengan uniform sekolahnya selamba saja hisap rokok sambil bawa motor. Yes I know this happens everywhere. It's just that when you actually look at it, you have this very uneasy feeling. So wrong yet so common.

If only I can help them to understand..

You all nak tau tak rate insurans untuk perokok adalah lebih mahal (sikit). Sebab apa? Sebab perokok adalah berisiko tinggi untuk dapat macam-macam sakit kritikal.

Tapi perokok jugalah yang sepatutnya ambik insurans secepat mungkin. Sebab apa? Sebab perokok adalah berisiko tinggi untuk dapat macam-macam sakit kritikal. Yes sebab yang sama juga. Better mahal sedikit daripada bayar mahal banyak nanti kan. Itu pun kalau masih berpeluang untuk dirawat.

Masa kat Jepun pernah juga saya tanya member Jepun ni. Eh why you smoke aa? Tak takut sakit ke? Dia jawab, apa nak takut. Semua orang akan mati. Cepat atau lambat je. Kalau dah takdir dia mati sebab hisap rokok, so let it be laa. Haa pandai Jepun tu cakap Melayu rojak lagi.

Yes, mindset yang sebegitu pun ada. Who am I to judge? Anda masih mahu merokok? All I have to say is, it's up to you. Seriously. But if you do smoke, please get away from us especially our kids (and yours too). Thank you.

Update 21/11/14, 9:22 am
Boleh baca ulasan Dr. Nazeck yang berkaitan kat sini dan sini juga. Thanks babe!


Tuesday, November 18, 2014

Suatu Hari di Kuala Kangsar


Assalmualaikum=)

Maafkan saya lama menyepi yer sampai ada yang kata dah habis baca seluruh isi blog ni pun tak ber update lagi. Amboi gigih ya. Terharu ni hihi.. terima kasih daun keladi=)

Alkisahnya kami balik Ipoh weekend hari tu menjenguk mak abah, mama dan adik2 tercinta. Alhamdulillah masih dikurniakan rezeki menatap wajah-wajah kesayangan.

On the way balik Ipoh hari Sabtu, kami singgah kat Kuala Kangsar, setelah sekian lama tak p..

Ini kedai pak cik Abg Veder (husband saya lew tew). Setentang dengan setesen keretapi Kuala Kangsar. Ada jual mee/bihun/kuew tiau kari/sup, nasi lemak, nasi ayam. Jemputlah datang..Ada 10 unit kedai makan sederet ni. Moh ler singgah =) Tapi bukak dari pagi sampai tengah hari ajer kedai ni. Kedai lain mungkin ada yang sepanjang hari agaknya.

Lepas makan singgah Persisiran Sayong sat. Excited bebudak ni tengok air. Takut ada yang terjun, tak dapat kami nak berlama-lama hehe.
Kita naik sampan tipu-tipu je lah yer anak-anak demi keselamatan dan kemaslahatan bersama hehe. Kat belakang sanun banyak kedai-kedai makan. Bau laksa yang kuat mengiurkan haha. Ajak Abg Veder makan tak dilayan. Sebab baru pas makan kan hihi

Singgah Masjid Ubudiah pula. The kids frust sebab tak masuk castle haha so bawak mai masjid pun bolehlah. Malah lebih afdhol gitteww.. Alhamdulillah berpeluang menjejakkan kaki kat sini. Cantik juga masjid ni.

Moh kita balik. Hari dah nak hujan. Herrm kat sini lah tempat kejadian memori daun pisang zaman muda remaja dulu kala hahahahaha. Apakah ia? Biarlah rahsiaaaa hihihi..

Bye-bye Kuala Kangsar. Next time ada rezeki kita datang lagi..

Udah nak sampai pun rumah mak. Singgah beli putu bambu Kampung Temiang. Sedappp satu bekas RM3. Lupa pulak nak ambik gambar kuihnyer walaupun beli 5 haha tamak haloba. Adoi lapar pulak rasaa..

Sekian dulu yer. Maaflah tak berapa pandai nak wat ala-ala travel log. Camera pun tak bawak ni semua gambar ihsan Abg Veder.  Sebenarnya saya paksa Abg Veder ambik gambar hehe. Mai lah jalan-jalan ke Perak=)


Friday, November 14, 2014

Bila blogger berblogging

Salam Jumaat semua.

Saya tak tau nak consider myself as a blogger or not. Macam tak je. Hehe. Sebelum storybyciksiti ni, dulu zaman muda-mudi saya ada juga menulis blog. Dulu guna platform blogdrive. Masa tu template pun background color hitam je haha. Melancholic gila. Zaman-zaman keseorangan masa study kat Jepun dulu. Bosan-bosan je buatlah entry meluah perasaan which was mostly private entry pun. Haha motif nak buat blog? Baik tulis dalam Words jer keskes.. Mengenangkan saya seorang yang tak berapa suka nak mengimbau kenangan silam haha saya delete rasanya account tu. Dulu saya ada fotopages gak. Bila p jenjalan jer lepas tu sibuk upload gambar kat Fotopages kan. Maklumler dedulu mana ada Facebook. Paling gah pun Friendster haha.

Lepas dah matang sikit (hahahaha) saya tukar ke wordpress. Dah takdelah guna background hitam macam remaja bermasalah sangat kan haha. Account ni masih ada lagi. But I there's nothing much inside.

Dedulu blog yang saya follow mostly blog kenkawan yang kenal kat alam realiti je. Kenkawan sekolah, kolej and a few blogger celebrities macam Hanis Zalikha, Red Mummy, Ceeramoon, Sepet etc.. Years back then I think they all pun were not such a hit like today lah.

Then few days back tetiba tergerak nak tengok blog Ceeramoon. Rupanya sekarang dah jadik Ceeranoh. Yelah bersempena dengan dia pun dah kahwin dan beranak pinak semua kan. The way she blogs pun dah lain. Everybody change. Semua dah jadi lebih matang kan hehe.

Yang menariknya latest entry Ceera ada mention dia ambik insurans dengan Prudential. Siap tolong promote lagi. So saya pun terfikir sejenak, ramai juga top bloggers yang ambik insurans dengan Prudential sebenarnya. Contoh macam Abang Ben Ashaari dengan Red Mummy. Ejen kepada Red Mummy tu adalah senior kat Uni merangkap (wife) leader Prudential saya juga. Yang juga kakak kepada Abang Nara, yakni Kak Nara. Hehehe.. So you see pusing-pusing kat situ juga. Thanks for your trust, terima kasih kepada semua yang menyokong Prudential & PruBSN, whether you are a famous blogger or not. Hihi.

Saya je yang belum ada client dari kalangan blogger lagi ihiks. Who wants to be the first? =)

Update at 5:00 pm,
Nampaknya blogger cik puan Mimi Azirah kita pun pilih PruBSN Takaful untuk anak-anaknya. Alhamdulillah tahniah. Thanks for your trust in PruBSN=) *Maaf pinjam link tampal kat sini yer thanks!!*

Tetiba rasa nak bubuh gambar polisi kami jugak kat sini hihi..

Thursday, November 13, 2014

Segmen : Blogwalking by Syahirah Valiant #1


Memenuhi jemputan cik adik Syahirah =)

 


Sindrom anak kedua

Assalamualaikum=)

Saya ada baca satu artikel yang sangat menarik kat doktorbudak.com. A very nice one. You can read the full article here.

Right there written in the article, that is exactly how my 2nd child, Mohd Haris (anak yang soleh) is behaving!! Sekarang umur 3 tahun. Abang yang sulung Haikal, 5 tahun. Adik dia Hadi 1 tahun.

"According to Adler the second or middle child often have sense of not belonging, they fight to receive attention from parents and they feel insecure easily. The middle child or second child lacks drive and actually looks for direction from the first child. They tend to go with the flow of things. Adler also describes them as a natural mediator and is usually the peacemaker in the family. They would have many friends due to their easygoing nature and is loyal to their friends. The child may have even temper or take it or leave attitude. Adler believes that the middle child feels squeezed out of a position of privilege and significance. As such they are compelled internally to find peace within the family."
Exactly..lebih kesian lagi Haris, umur dia around 2 tahun, sudah dapat lagi adik pula. So you see, attention kami kat dia boleh kata memang kurang. And I can see he is very very independent. Kalau rasa mengantuk nak tidur, dia masuk je dalam bilik tidur sorang-sorang. Kadang-kadang rasa sedih pula, masuk-masuk bilik dia dah tertidur. Lagi-lagi kalau dia minta buatkan susu tapi saya tak sempat buatkan dia dah tidur. I can feel a pang in my heart T__T

Anyway as a mother I am trying my very best to love them equally. Now that Hadi pun dah besar and not such a baby anymore, saya cuba spend masa dan perhatian untuk Haris dan Haikal juga=) I may not be the best mother, but I am all u've got. So bear with me yer kiddos hehe.

Anyway semalam saya sembang dengan Haris dalam bilik air..

Me: Kenapa Haris asik poo jer?

Haris: Yelah sebab Haris makan nasik banyak sangat kat sekolah. Lepas tu makan banyak sangat dekat rumah.

Me: Kenapa Haris makan banyak?

Haris: Yelah sebab Haris nak jadi besar macam mama dengan abah.

Me: Oo yeke..Haris nak jadi besar nak buat apa?

Haris: Nak kejelah.

Me: Haris nak kerja kat mana?

Haris: erm..nak kerja kat KL! (amboi hang Haris, bukan main nak keje kat KL yer nak glamour saja)

Me: Oooooo Haris nak kerja nak beli apa?

Haris: Beli kete Mater..

Me: Haaa beli Mater? Haris nak p mana bawak kete Mater?

Haris: P jalan-jalan lah.

Me: Oooo mama boleh ikut tak?

Haris: Boleh!

Me: Kita nak jalan-jalan p mana?

Haris: P jalan-jalan tengok Mater.....

@_______________________@

Sabaq je lah. Hahahaha..

Kereta idaman Haris -______-;
Maklumlah bila main role play, abang Haikal je yang dapat jadi hero Mcqueen. Haris jadilah watak sampingan je..but he's very loyal and even proud of it hehe..way to go Haris! Buruk tak semestinya tak bagus kan=)

Tuesday, November 11, 2014

Pejabat PTPTN penuh sesak!

Tadi teman colleague p PTPTN office kat Seberang Jaya. Masuk je tu da aihhh penuh manusia. Dahlah office tu pun kecik comel je. Kerusi menunggu pun ada 2 baris je kot. Pelbagai bangsa, usia, lelaki, perempuan, kanak-kanak pun ada hehe. Dasat.. Even my colleague pun kata all the while dia datang berususan kat situ tak pernah encounter orang ramai macam tu!

So siapa di sini ada pinjaman dengan PTPTN? Dah mula bayar atau dah habis bayar? Atau tak pernah terfikir pun nak bayar tihihihi. Haipp jangan macam tu tau. Hutang mesti dibayar ye kawan-kawan.

Sebab apa agaknya office PTPTN ni tiba-tiba sesak ye? Anggaran saya mungkin juga ada kaitan dengan ugutan (eh) siapa yang tak bayar, nama akan dimasukkan dalam CCRIS. Boleh baca news berkaitan kat sini. Sesiapa yang belum pernah buat bayaran balik, eloklah at least pergi bertemu muka dia kaunter PTPTN sebelum 31/12/2014 ni untuk berbincang dengan diorang.

Atau pun mungkin juga sesak sebab ramai2 pakat nak rebut peluang menyertai promosi bertukar ke Ujrah. Yakni sistem pinjaman patuh syariah dan kadar upah yang lebih rendah (1%) berbanding konvensional (3%).

Atau pun semua pakat nak p bayar hutang secara lump sum sebab boleh dapat diskaun 20%.

Segalanya mungkin..hihi. Saya tiada pengalaman pinjam PTPTN jadi saya memang tak berapa arif. Tapi yang penting tak kiralah hutang apa sekali pun, mesti bayar, mesti manage betul-betul supaya tak memakan diri. Mesti ambil tahu. Jangan buat sambil lewa, nanti tiba-tiba sampai surat baru terkejut. Atau tiba-tiba tengok interest dah naik mencanak-canak baru buntang biji mata. Macam mana pun ingat those financial institutions are not working base on welfare. Segala benda ada kosnya. Same goes to hutang kredit kad, kereta semua. Even bil elektrik pun kalau lambat bayar ada penalti tau. So better take note dan baca agreement betul-betul ye. Take note juga dekat those T&C yang tulisan kecik-kecik tu hehehe.

Sesiapa yang terasa tak mampu nak bayar hutang-piutang, dah stresss banyak sangat hutang ke atau rasa teraniaya oleh pemiutang ke, talk to the right personnel ok. Cuba cari penyelesaian. Handle it right. Don't simply leave it. Boleh cek laman web AKPK juga..

OK cukuplah setakat ini dulu. Lets take a good care of our debts =)

p/s: Siapa nak buat simpanan pendidikan untuk anak dengan PruBSN can drop me a message. Anak 20 minggu dalam perut pun dah boleh start saving for education tau.


Monday, November 10, 2014

Bahana Bermalas-malasan

Rasakan!

Eh, Assalamualaikum semua=)

Hari ini rasa seperti otak macam sikit lagi nak berasap. Gigih menyiapkan task yang sudah lama dapat tapi asyik sangat procastinate kan. Sekarang rasakan. Dah kena push ditambah kata-kata kesat si peminta, baru hegeh-hegeh. Hehehehe. Ini lah tabiat buruk saya dari kecil lagi. Ish tak bagus betul. Macam manalah nak berjaya ni.

So kawan-kawan, jangan bertangguh-tangguh yer buat kerja. Kerja ikut priority dan susun dengan sistematik. Lagi bagus kalau boleh buat gun chart. Heh ini yang saya fail ni. Anyway semua ni ada dalam buku Stephen Covey yang saya rent hari tu. Tapi kalau buku pun belum habis baca sebab procastinate untuk baca buku, acaner tu? =P Marilah berubah kenkawan. But I'm sure you guys are better than me tihihi.

Sebenarnya kan we don't need all those self help books dari barat sanun nun pun saya rasa. Because all the things, all the tips on how to live our life better ni kan actually dah ada pun dalam ajaran Islam kita. Allah dah suruh kita menghargai masa, mencari berkat usia, menjaga masa dengan solat menurut waktu, menepati janji. Laungan azan sendiri memanggil-manggil kita untuk menuju kejayaan. Ikut kata Allah, insha Allah hidup kita pun betul. Kejar akhirat, insha Allah dunia juga akan turut datang pada kita. Allahuakbar indahnya Islam.

Saya tau ni. Sedar pun sedar. But some things are easier said than done. We know the fact, tapi kadang-kadang fakta tu tak masuk dalam hati, tak menusuk kalbu. Jadi kita liat nak praktik. Kenkadang kita ingat lah sekejap lepas tu sekejap je dah tergoda dengan syaitonirrojimm. Astaghfirullah lemahnya iman saya..

Okaylah sekian dari saya. Back to work wooot woot! @@
Nasib baik juga ada orang kata saya cute tadik bwahahaha.  Mekasih kak, u made my day tihihii.

Sunday, November 9, 2014

Positive!

Assalamualaikum semua selamat pagi Ahad=) Penang mendung hari ni sejuk macam kat oversea brrrrr =D

Rasa macam lama dah pulak tak update blog. Maafkan saya. Ada sedikit konflik dalam diri sejak dua menjak ni. Lumrah lah kan, ada masa happy ada masa sedih. Ada masa highly motivated. Ada masa downnnnnnnnnn sangat sangat. Apa pun, I am trying my best to stay positive. Now Alhamdulillah I feel much better. NO ONE CAN BRING ME DOWN BUT MYSELF!! Saya perlu lebih berlapang dada dan sabar.. kerana sabar itu indah. Sesungguhnya Allah itu dekat..

I need to stay focus. Hardest thing to do for me eheh. Obviously I didn't try hard enough. Let's work harder! Saya suka baca tulisan motivasi Coach Rozi Saari dekat FB page beliau. Follow HER okay. Highly recommended.

Mohon LIKE page saya juga jika sudi=)



Saya nak p Giant Kulim sat lagi to share Takaful awareness. Jom orang Kulim!

p/s: Rasa macam nak buat first GA. Ada orang nak join kerrrr? =P

Tuesday, November 4, 2014

Make up, wudhu' dan sentuh

Assalamualaikum..

Semalam saya ada company dinner lagi after work kat Equatorial Penang . Yang ni lebih besar sebab involve semua company dalam T**** Group. Eceyh privacy sangat kan hehe. The food was okay, event pun okay juga. Alhamdulillah. Saya pakai baju kurung raya hari tu je senang cerita. Make up pun ala kadar macam biasa.

Tapi bukan kisah dinner yang saya nak cerita. Hari ni saya nak sentuh pasal make up dan wudhu'. Sekadar pengalaman, pandangan dan demi belajar lebih lagi. Maaf saya tak akan keluarkan dalil-dalil ke hadis yang berkenaan kerana ceteknya ilmu di dada saya ni. Insaf..

Lumrah wanita nak kelihatan cantik kan. Tambah-tambah zaman sekarang ni semua nak upload masuk FB, IG semua haruslah lebih lagi cantiknya. Sebab bukan sekadar orang dalam ball room jer yang tengok, satu dunia pun boleh tengok! Hehe.

Persoalan. Bila dah make up, kalau siap dengan bulu mata pelesu semua macam mana nak solat? Tak ke penat setiap kali nak wudhu' kena padam, lepas tu kena apply make up semula? Kawan saya cerita, colleagues dia hari-hari pergi kerja dengan make up yang memang full coverage (macam line telefon pulak hehe). What they do is, wudhu' pagi2 sebelum apply make up, lepas tu kekalkan wudhu' sepanjang hari. Atau sampai lepas solat Asar lah kot ye. Mak aih!!! Tak terjangkau dek akal saya.

Macam mana nak tahan diri daripada pergi toilet, buang angin semua for every single day? Bukankah boleh jadi macam-macam penyakit nanti. Herm.. things women do for the sake of beauty :P Cekal betul mereka. Saya kalau sekali sekala untuk event boleh la kut, tu pun mungkin bertahan sejam dua je. Hehe. Especially kalau pakai tudung lilit2, boleh2 takmau bukaka dah. Malas nak re-lilit kan hihi.. Dah buka nanti, bila lilit balik dah tak sama dengan yang lilit mula-mula hehe. Sesiapa ada tips untuk mengatasi permasalahan donia ini amatlah dialu-alukan haha. Please share ye. Erm selain dari pakai tudung express. Hehe.

Lepas tu kan, kalau kita dah siap2 make up dan wudhu', kena berjaga-jaga supaya tak terbatal wudhu' kan. Kalau dah nak terpergi toilet ke tu memang pasrah lah. What to do.. we have to answer the nature's call hehe. Tapi kalau tersentuh dengan bukan mahram, aiiii yang ni memang berasap hahahaha. Siapa setuju angkat tangan! Hehehe..

Eh tapi kalau tersentuh wanita yang non-muslim, batal tak wudhu'? Semalam saya ada tanya kat seorang kakak ni kat surau hotel, dia kata menurut Ustazah yang namanya saya dah lupa, dalam rancangan Da'i, tak batal wudhu' kalau bersentuhan dengan wanita non-muslim. Walaupun aurat kita dengan mereka adalah sama seperti aurat dengan bukan mahram. Tapi kalau bersentuhan kulit, wudhu' tak batal sebab kita bukan boleh kahwin dengan dia! Terus angguk tanda faham.

Banyak betul masalah wanita kan. It's not easy to be one hehe..

Sebagai konklusi nya (eherm dah macam karangan pulak, penat memerah otak ni), saya rasa the best way is to go moderate. Bersederhana dalam segala aspek kehidupan. Buatlah mengikut kemahuan, mengikut kemampuan tapi janganlah keluar dari batasan. Boleh nak make up untuk nampak cantik, tapi janganlah sehingga menyusahkan, jangan pula berlebih-lebihan. Sebaik-baiknya berdandan dan berhiaslah untuk suami kat rumah juga. Sepatutnya kena lebih lagi. Kalau suami suka dan isteri sanggup nak pakai bulu mata pelesu kat rumah hari-hari pun, apa salahnya hehe (>‿◠)✌

Abang Veder , tolong belanja FCC satu set, terima kasih in advance 

Monday, November 3, 2014

Pengomen Tegar Oct 2014

Terima kasih semua yang sudi berkunjung ke teratak saya yang tak seberapa adanya ini. Ewahhh macam ucapan award sangat hihi..

Maaf saya tak sempat print screen top commentors tanggal 31/10/2014 hari tu. Tapi pada hemat saya ada 2 orang yang berkongsi tangga teratas iaitu.. jengjengjenggg!!!


Anyway thanks to all yang datang dan komen yer thanks again. Sebagai penghargaan, saya letak 15 top commentors in my blog list kat tepi sanun

Thanks again!

Saturday, November 1, 2014

Jangan pening bil hospital naik!


Assalamualaikum..
Bil treatment sekarang memang makin naik. In fact hari tu pun kami dapat circulation consultation cost utk both GP dengan specialist pun dah naik. GP tu general practioner yer, doctor kat klinik berbayar yang biasa kita p kalau sakit demam tu lah.. Yang saya ingat GP consultation cost min RM30. Masuk jumpa saja tau, xmasuk ubat lagi tu. Specialist min RM80, ke RM100 macam tu. Tapi saya tak sure whether semua clinic dah practice harga ni ke tak. Near my place ada Klinik Munirah Iskandar kat Taman Pauh Indah, dulu murah je. Sekarang dah lama tak p situ so tak tau rate latest. Selalu p Poliklinik Bestari pulak.. Tapi Alhamdulillah sekarang kami pun dah jarang buat trip ke klinik or hospital.. Semoga sihat-sihat sokmo ye dak.

My friends yang doctors and pharmacists pun kata actually harga ubat-ubatan yang kat hospital kerajaan pun sebenarnya sangat mahal tau harganya. Syukurlah dengan subsidi kerajaan, people are getting the treatment in GH (general hospital) with very minimum cost. Kalau kat Jepun dulu jangan mimpilah. Mahal tau, kalau tak ada insurans, sakit pun duduk diam2 je lah kat rumah. Kami masa student dulu pun wajib ada insurans tau. Kokumin kenkou houken nama dia, provided by the gov. (Translation: Insurans kesihatan rakyat). Coverage dia 70-30. 70 insurans bayar, lagi 30 sendiri bayar. 

Sapa pernah warded dulu kat sana due to appendix, 5 hari macam tu. Tapi xbuat operation pun. Lepas dah covered by insurans, saya kena bayar 60,000++ yen lagi.. Dalam RM2,000++ T___T Lepas tu claim lagi dengan Uni pulak..tapi xlah dapat full.. Sudahnya saya balik operate kat Malaysia. Nasib baiklah masa tu inflammation tak teruk lagi. Huhu..Cost RM60 jewwwww.. Tapi kalau operation or treatment untuk sakit teruk-teruk, GH pun still kena bayar kan. Especially kalau kita bukan gov staff..

So my opinion, better to have medical card as back up kan. Jadi tak adalah pening sangat memikirkan bil yang makin naik.

At the same time, jaga kesihatan. Practice healthy life style and diet.. Prevention is better than cure. Memang kalau nak sakit, tetap sakit. Tapi bolehlah elakkan benda-benda yang sah2, scientifically proven boleh memudaratkan kesihatan. Beware of the ubat-ubatan tak berdaftar. Ee panjang saya nak komen bab ni walaupun bukan medical practitioner hehe. Simpan untuk next time lah!

Anyway saya kat Ipoh ni. Datang tengokkan adik terlibat dgn minor accident dengan B*W!! Siapa nak jumpa jom!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...