Thursday, October 9, 2014

Sakit penghapus dosa

Assalamualaikum semua.

Apa khabar hari ni? Khabar saya kurang baik. Gastrik dan sakit kepala adalah sangat tak selesa. Paling tak best rasa mual ni bluerghhh.. Sakit kepala sebab tak cukup tidur pun sama sebab tadi bangun tengah malam pam susu lepas tu dah susah nak tidur balik. Sabar lah ye. Anggap saja sakit sebagai penghapus dosa.

Tapi tulah siapa suruh semalam skip lunch. Sendiri cari sakit huhu. Semalam saya half day, pagi cuti, petang baru masuk ofis. Tapi tak sempat makan lunch sebelum datang. Malam baru makan nasi. Sudahnya datanglah sakit. Sabar lah ye.

Kita ni baru sakit sikit dah mengeluh. Tak boleh imagine macam manalah orang bertahan dengan sakit teruk macam cancer, accident semua tu kan. Ya Allah ampunkan dosa kami dan kurniakan kami kesabaran.

Macam mana pun sakit tetap akan datang kadang-kala sebagai ujian. Tapi mungkin juga sebagai rahmat. Sebab ada orang yang bila datangnya sakit, ukhuwah keluarga lebih terjalin. Ada yang lebih banyak mengingat Allah bila sakit. Inilah rahmat. Sabar lah ye.

Sakit memang boleh datang bila-bila tanpa diduga. Disebalik kesakitan secara fizikal, sakit pun akan beri kesan pada emosi dan hati. Tapi ada juga yang kata sebaliknya. Jika hati kita kuat in sha Allah lagi senang kita menghadapi dan melawan penyakit. Orang yang bersemangat tinggi untuk sembuh lebih cepat baik daripada orang yang meratapi kesakitan. Wallahualam.

Sakit juga akan beri kesan besar pada kewangan. Mengubat sakit perlukan duit. Ada duit in sha Allah hati lebih tenang dan boleh fokus untuk proses rawatan dan penyembuhan. Betul tak? Sebab tu ambik insurans dan medical card sangat penting. Dengan kos rawatan yang makin meningkat sekarang. It's always better to prepare early.

Kalau you all nak tanya saya pasal medical card, boleh tanya anytime. Ada masa kita jumpa sambil minum-minum. Saya belanja=)

2 comments:

  1. gastrik ke.. jgn lupa amalkan madu. dan sediakan stok kurma.. rasa lapar sikit jer terus makan.. mummy punya stok pun dah xder

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...