Friday, October 10, 2014

Petua murah rezeki dan melindungi kekayaan

Assalamualaikum salam Jumaat semua.

Mesti hati tengah berbunga-bunga sebab berapa jam lagi nak habis kerja kan. Weehuuu. Tak sedar diri kerja banyak kat ofice nih heheh.

Alhamdulillah hari ni ada vendor belanja makan lunch sushi. Rezeki jangan ditolak heheh.

Anyway, siapa nak tau petua murah rezeki?
Jangan lokek memberi.
Jangan asik aim untuk menerima je. Sepatutnya kita kena rebut peluang untuk jadi pihak yang memberi. Memberi takkan buat kita jatuh miskin. Memberi bagi kita nikmat, satu perasaan yang sangat seronok. Memberi dengan ikhlas tanpa mengharap balasan buat kita lebih tenang. Percaya tak? Kalau tak percaya, cubalah sendiri =)

Saya rasa kagum sekarang ramai sangat orang kita yang mula celik mata terhadap kewangan. Ada yang nak jadi pejuang hartanah, ada yang nak jadi saudagar emas, ada yang nak jadi jutawan saham. Memang bagus. Usaha ke arah memajukan ekonomi sendiri dan membela nasib keluarga, memang tak salah langsung. Malah ramai juga yang sanggup join seminar, kelas berbayar, mencari mentor dan sebagainya demi untuk berjaya. Syabbas bete syabbas! Semoga sentiasa berlandaskan jalan yang benar. Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Amin Ya Rabb.

Namun dalam masa yang sama kita kena ingat tau, mengumpul kekayaan semata-mata tak lengkap tanpa melindungi kekayaan itu. Faham tak? Senarionya macam ni lah.. Kita kahwin lepas tu dapat anak-anak yang comel dan montel. Mesti kita nak protect anak kita kan. Takmau bagi kena penyakit, takmau bagi hilang kena culik, nak suruh membesar bagaikan juara.

Samalah dengan harta, wang ringgit kita. Kita penat2 kumpul, kalau tak protect, takut nanti habis sekelip mata. Let say kita kerja 10 tahun, dapat gaji kita simpan ke invest ke beli saham ke dapat kumpul RM50,000. Alhamdulillah.. banyak tu 50k.. kita pun berkira-kira nak travel keliling dunia lah contohnya. Tup tup tiba-tiba tak sempat p travel, kita kena sakit cancer. Kena buat emergency operation yang belanjanya RM50,000 jugak. Mana kita nak ambik duit? Kalau ada saving, mestilah saving dulu yang kita tuju kan? See.. kumpul harta bukan main lama dan susah payah, tapi nak hilang sekelip mata je. So nampak tak? Inilah yang dinamakan wealth protection using medical insurance. Kalau kita ada medical card, 50k operation cost tu dah kawtim dah, insurans company tanggung. So selamatlah 50k yang kita kumpul berpenat lelah tu. Contohlah..

Maaf ye entry yang boring lately ni. Hihi. Actually banyak benda nak cerita. Cerita raya contohnya tapi gambar semua dalam camera tak menyempat nak transfer lagi. So sabar je lah ye kawan-kawan semua hihi. Nanti kita cerita lagi=)

4 comments:

  1. gud tips!
    kalau org minta tolong, percepatkan bantuan baru rezki pun cepat dtg pada kita
    rezeki bukan shj pada wang ringgit
    mcm2 jnis rezeki kan?

    ReplyDelete
  2. the more you give the more you'll get back! :)

    ReplyDelete
  3. memang macam tu.. kesihatanlah yang lagi penting...duit boleh dicari. bagus tips ni.

    p/s : Salam. Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #9. (^_^). Blog ini telah tersenarai di http://www.mialiana.com/2014/10/senarai-url-blog-9.html dan pemenang bertuah telah diumumkan di http://www.mialiana.com/2014/10/pemenang-bertuah-url-blog-9.html

    ReplyDelete
  4. http://madey09.blogspot.com/2014/10/blogger-mesti-blogwalking-terima-kasih.html datang dari URL blog terkenal mia liana..salam kenal..

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...