Monday, September 8, 2014

Perempuan dan CYST

Assalamualaikumm semuaaaa:) Salam pagi IsninzZZzzzz ahaks. Mari bekerja rajin-rajin.. Sebelum tu quick entry satu.

Perempuan dan cyst.. Siapa kat sini mengalami masalah cyst atau pernah buat operation cyst? Ataupun fibroid ke apa2 yang berkaitanlah. Saya alhamdulillah so far tak pernah mengalami cyst ni. Semoga kekal sihat lah hendaknya amin..

Tapi sure you all tau kan kan sekeliling you all, kawan2 ke colleague ke yang ada masalah cyst ni. Kawan saya kat kolej dulu ada sorang sampai kena buat operation kat Jepun. Herm.. kawan saya yang buat medical card dengan saya pun setakat ni 2 orang dah ada masalah cyst ni.

Seorang junior saya baru buat operation bulan 6 baru ni kat Hospital Serdang. Kami tak dapat nak claim sebab cyst ni existing condition. Meaning dia dah pernah ada record cyst problem sebelum apply insurance lagi dan dia pun fahamlah tak boleh claim..

Lagi seorang satu batch dengan saya. Baru je 2-3 hari lepas dia inform doc suruh buat operation buang cyst dia. Selepas period pain yang amat teruk setahun lebih dah, dia pergi check kat Hospital Pantai dan disahkan cyst. Alhamdulillah policy dia dah 2 tahun lebih so bolehlah buat operation guna medical card. Take care yer my friend..

Apapun kita ni sebagai wanita, kenalah jaga anugerah Allah kat kita, rahim kita yang bakal melahirkan mujahid mujahidah nanti kan. Jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat. Serta doa yang berpanjangan. In sha Allah.. Ingin juga saya nasihatkan berpada2 mengambil produk2 malah makanan2 tertentu dan jangan pula melampaui batas. Sebelum mencuba any produk, cek isi kandungan, make sure selamat jangan sampai memudaratkan kesihatan ye. Safety first kata orang=) Better yet talk to a doctor first..

Tapi kalau yang bermasalah dengan cyst tu janganlah susah hati atau bersedih pula. Kadang-kadang penyakit ni datang bukanlah sebagai musibah, malah sebagai hadiah kepada kita. Peluang kepada kita untuk benar2 ingat dan kembali berharap kepada Allah. Dan jika kita sabar dan redha in sha Allah pahala besar buat kita. Allah takkan menguji hambaNya dengan ujian yang di luar kemampuan.

Wallahualam.

p/s: Kalau you all nak tanya pasal medical card, dipersilakan=) PruBSN ada jugak cover penyakit wanita.

2 comments:

  1. menabung sini :)...nice entry kak :)

    ReplyDelete
  2. sering plk dgr pasl cyst sekrng ni..
    mintak dijauhkan juga..
    org permpuan ni mcm sakit2

    ReplyDelete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...