Tuesday, September 23, 2014

Hidup harmoni bersama gastrik dengan SRASEE

Hari ni gastrik menyerang oleh kerana tak makan pagi betul2. Pagi tadi dah kelam kabut tak sempat makan or beli pun nasi. Maka terpaksa alas perut dengan biskut yang ada kat pantry. Cicah air kosong suam je tau sebab saya tau kalau minum milo ke apa2 yang bersusu ke mesti lagi haru-biru jadinya.

Tapi still perut jadi tak sedap dan mulalah loya dan angin naik ke kepala terus jadi pening. Bila dah jadi macam ni, minum air masak pun kena hati-hati. Boleh minum sikit2 je sakli teguk. If not kang takut ada yang terwekk pulak.

Nasib baiklah ada Pati Halia Pala Mint ni. Rasa dia sedap macam gula-gula tau. Memang membantu sangat menghilangkan loya dan keluarkan angin. Ye lah macam makan or minum air halia tu. Cuma yang ni lagi senang sebab dah dlm bentuk gula2 boleh bawa ke mana saja.

Time raya ke makan2 besar or macam2 ke memang convenient halia mint ni. Tak pun kan ada sesetengah sayur yang berangin macam rebung ke pucuk paku ke. Ada orang memang elakkan makan yang berangin walaupun teringin. Feveret saya semua tu. Selalu saya tibai je makan. Takut angin nanti makanlah halia hehe.

Halia muda pun sedap gak. Kan kalau halia kita kat rumah yang beli besar gabak tu lambat habis nanti dia tumbuh macam pucuk tu kan. Saya selalu patahkan dan makan. Sedapp tak sepedas halia memasak tu. Rangup je rasa dia. Mak mertua saya kata bagus halia muda tu buat ulam especially untuk ibu dalam pantang. Saya makan je sebab suka. Halia jeruk kat kedai sushi tu pun saya suka. Makan halia lagi banyak dari makan sushi kadang tu hahaha.

Anyway halia memang banyak benefitnya, you all boleh google. Atau pun sesiapa lagi yang ada petua turun menurun dari nenek moyang pasal halia ni bolehlah share dengan saya =)


Sebotol ni ada 50 biji halia pala mint. Sedap!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...