Saturday, September 6, 2014

7. Asma' binti Abu Bakar #100TokohWanitaDiSisiRasulullah

Asma' binti Abu Bakar - wanita yang memiliki 2 ikatan tali pinggang.

Asma' merupakan saudara Aisyah, seorang yang cantik, cerdas dan lincah. Asma' dikurniakan umur yang panjang serta kecerdasan akal fikiran. Asma' termasuk kumpulan wanita yang terawal memeluk Islam. Asma' menghantar makanan dan minuman kepada Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar ketika peristiwa hijrah mereka. Asma' digelar 'zatin nithaqin' yang bermaksud wanita yang memiliki 2 ikatan tali pinggang. Ini kerana pernah satu ketika Asma' mahu menghantar makanan dan minuman kepada Rasulullah dan Abu  Bakar, dia tiada tali untuk mengikat bungkusan makanan dan minuman itu. Lalu Asma' pun memotong tali ikatan pinggangnya kepada dua bahagian dan digunakan untuk mengikat bungkusan makanan dan minuman. Rasulullah mendoakan agar Asma' dikurniakan tali ikatan pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.

Asma' berkahwin dengan Zubair bin Awwam, seorang pemuda biasa dan tidak juga berharta. Anak mereka Abdullah bin Zubair dilantik menjadi khalifah menggantikan Yazid bin Mu'awwiyah. Bagaimanapun dia ditentang oleh Bani Humayyah di bawah pimpinan Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi. Pejuang dibawah pimpinan Abdullah ramai yang belot lalu tinggallah Abdullah di ambang kekalahan.

Ketika inilah Abdullah mendapatkan nasihat daripada ibunya Asma' samada untuk terus berjuang atay menyerah kalah. Asma' menasihatinya untuk terus berjuang dan akhirnya Abdullah bin Zubair syahid.
--------------------------------------
Disclaimer: Ini hanya summary dan diolah oleh saya sendiri hasil bacaan buku #100TokohWanitaDiSisiRasulullah. Sila baca bukunya untuk pengetahuan lebih lanjut beserta rujukan yang sepatutnya. Thanks!

Next:
8. Atikah binti Zaid #100TokohWanitaDiSisiRasulullah


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...