Thursday, August 7, 2014

Walaupun hidup 1000 tahun

Assalamualaikum..

Hari ni kawan saya kehilangan neneknya yang meninggal sakit tua, umur 98 tahun. Innalillahh..Al-Fatihah untuk Opah dan takziah buat kawan saya dan keluarganya. Opah meninggal sakit tua, ye lah dah dekat 100 tu umurnya. Opah ni dah 35 tahun tinggal dengan family kawan saya ni so diorang lah yang menjaga arwah Opah selama ni. Alhamdulillah. Kawan saya ni pula doktor. Parents dia pun doktor jugak. Baguih diorang kan..Semoga Allah membalas jasa baik diorang yang menjaga Opah selama ni kan..

Panjang betul umur arwah Opah ni kan. Sememangnya kita hidup untuk dimatikan, lepas tu dihidupkan semula kat alam lain nanti. So memang pasti dan tempoh masa hidup kita ni pun dah termaktub dah. Cuma kita je taktau.. Bila baca tafsiran sural Al-An'am ayat 60, memang terkesan di hati saya..

So korang semua agak berapa lama lagi akan hidup kat dunia yang fana ni? Eh..kan dah kata kita takkan tau berapa lama boleh hidup. Kuasa Allah semua tu. Mana boleh main agak2. So sebab kita tak tau lah kita kena bersedia sebenarnya kan. Bersedia untuk mati dalam masa terdekat, dan juga bersedia untuk hidup lebih lamaaaaa lagi. Bersedia untuk mati of course lah semua tahu kan. Buatlah apa yang disuruh, tinggalkan apa yang dilarang, beramal sebaik2nya. Tak perlulah Ustajah (tiba2!) nak kupaskan kat sini sebab semua orang dah tau. Yang taktau boleh rujuk buku, pergi kuliah, usrah dan sebagainya yer.

Gambar sekadar hiasan. Ihsan dari Google.


Bersedia untuk hidup lama pulak macam mana? Ni pun Allah dah bagitau kita kan, bila usia manusia ni dipanjangkan dia akan berbalik kepada keadaan macam bayi yang baru dilahirkan. Terbatas dari segi pergerakan, mungkin terbaring saja, ingatan pun tak kuat, gigi pun semua tanggal. Baby kan memang nak kena ada orang attend kat dia sepanjang masa, uruskan makan pakai segala, mcmtu jugalah orang tua ni kan. Jadi alangkah indah dan untungnya jika nanti anak kita pulak yang menjaga kita bila tua nanti. Saya yakin anak yg soleh/solehah akan sanggup menjaga parents yang sakit walau sesusah mana pun. Tanggungjawab kitalah nak melahirkan dan mendidik anak2 yg soleh ni pulak. Maha suci Allah segala yang ada di langit dan bumi ni semua bersistem kan sebenarnya. Herm sebenarnya saya taktau nak luah kan macam mana yang ada dalam kepala otak saya ni. Harap korang paham benda alah apa lah yg saya tgh cuba bgtau ni hehe.

Apa pun, semoga Allah memberi kita rezeki dan kekuatan untuk jaga parents kita pulak. Sebab saya yakin besar ganjarannya nanti. Sebaliknya kalau kita yang pergi dulu, semoga pergi dalam husnul khotimah. Amin Ya Rabbal 'Alamiin..

4 comments:

  1. harap nanti bila tua tak menyusahkan anak2..macam MIL akak sampai skrang Alhamdulillah sihat..umo nak masuk 70 dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer kan kak.harap2 hidup sampai 100 tahun pun sehat walafiat dan meninggal dengan tenang..

      Delete
  2. Salam kenal dear. Saya suka phrase yang kita hidup untuk dimatikan tu. Betul sangat. Moga kita dapat hidup dengan berkualiti dan tidak menyusahkan orang lain huhu. Amin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Kausar. Thanks for stopping by;)
      Amiinnnn..

      Delete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...