Tuesday, August 19, 2014

Makanan Sunnah

Assalamualaikum..
When I ask: How are you today?
You answer: Good! Very good! Excellent!

Alhamdulillah bagusss clap clap clap tepuk tangan untuk diri sendiri hehehehe.

Herm pengamalan makanan sunnah, siapa yang amalkan? Saya ada juga sikit-sikit tapi nak istiqomah tu yang payah. Selalu apa yang saya buat ialah masukkan contohnya kismis ker kurma ke dalam makanan yang saya masak. Sebab selalunya saya akan lupa atau tak ada masa nak makan, yg kedua supaya anak2 pun boleh makan tanpa diorang sedar hehehe. Sepatutnya saya kena didik diorang supaya suka makan makanan sunnah ni kan. Berusahalah!

Ada satu kedai online yang jual kurma, buah tin, kismis segala-galanya lah. Boleh cek kurmamehr.com. Ataupun sesiapa kat Penang mainland kat Aeon Big, kedai buku Hassani pun banyak jual makanan sunnah. Saya nak sangat p ni tapi kekangan masa huhu.. Nak cari habbatus sauda oil.. Saya baca kat sini memang banyaklah manfaat dia. Siap boleh halau nyamuk lagi.

 
Alhamdulillah hari ni rezeki saya, Kak Ina bagi kurma yang tak habis di makan masa bulan puasa hari tu. Ya saya memang makan kurma hari-hari kalau boleh untuk kesihatan dan demi mengekalkan milk supply. So sesiapa nak hadiahkan saya kurma? Hehe.

Saya suka minum fresh milk jugak. Tak de ke servis milk delivery eh.. Sekali sekala pergi Tesco tu boleh lah beli tapi nak beli banyak2 kang tak muat peti ais. Nak beli kedai runcit mahal sangat dan ada yang kotak je. Tolonglah saya ni..

Eh anyway berbalik  kepada amalan makanan sunnah ni bukan takat tengok pada bahan makanannya saja. Cara pengambilannya pun eloklah ikut yang selalu diamalkan oleh Rasulullah contohnya makan buah setengah jam sebelum makan dsbnya. Sebab apa yang diamalkan oleh Nabi tu pasti baik untuk kita sebab Nabi mendapat ilmu dari Allah kan.. Wallahualam..

Okay lunch hour now!

6 comments:

  1. Replies
    1. bagus bagus..anak kita yg baby Hadi je kot suka. Haris ikut musim. Haikal tak nak langsung!

      Delete
  2. Aqil suka mkn kurma.mak dia x brapa sgt...hihihi

    ReplyDelete
  3. kenapa bukak kt aipon xnmpk shoutbox pong??blogspot gocoh dgn apple ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai cik abang veder..blogspot memang google punya.tapi rasanya shoutbox tu sebab javascript ke ada benda yg tak taiyo dgn aipon u kot..

      Delete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...