Monday, August 18, 2014

3 jam di Tesco St. 18 Ipoh

Asslamulaikum semua..
Kami balik Ipoh wiken hari tu. Alhamdulillah ni dah selamat sampai Penang balik dah.

Saya nak share cerita hari Sabtu hari tu kan saya pergi Tesco St. 18 dekat je dengan rumah mak mertua saya. Tujuannya saya p nak buat sharing pasal medical card n Plan Pengganti Gaji by PruBSN ni lah..saya adalah sembang2 dengan seorang ibu muda umur 18 tahun pasal medical card n pelan pendidikan anak dia.. Dia kata oklah nanti kang dia call lah saya. It's okay, saya cuma sharing kepentingan dia. If okay nak proceed I am happy to help, kalau tak ambik pun takpa saya tak marah apatah lagi makan orang hehehehe.. Bila adik ni bergerak nak balik, saya tengok keliling mana tempat boleh p sebab serabut dengan mamat 2 orang jual iron yg duk panggil orang secara memaksa -_-; Adoi. Kesian saya tengok orang terpaksa lari dari diorang.

Masa tu lah saya ternampak seorang makcik duduk atas kerusi roda sorang2 macam tunggu seseorang. Saya pun p lah salam, tanya khabar dan sembang dengan dia. Panjang kami borak.. Macam-macam jugak makcik ni cerita. Umur dah 79 tahun, kaki dia tu sakit lulut lepas jatuh kat bilik air dah bertahun lah macam tu. Tapi Alhamdulillah  lain penyakit darah tinggi kencing manis semua tak ada. Makcik ni cerita anak dia ada 2 orang, sorang lelaki sorang perempuan.. Cucu ada ramai.. Hihi seronok dengar dia cerita..

Saya pun layan je lah tanya anak duduk kat mana.. Tiba2 dia macam sedih.. Katanya anak perempuan  dia dah meninggal tahun lepas.. Kanser payudara. Masa detect tu dah stage 4. Buat chemo sekali, tapi sebab x tahan dgn kesan slps chemo tu arwah anak makcik ni decide utk stop chemo n balik rumah. Allahuakbar.. Masa tu umur 40 tahun.. Innalillah..

Lepas tu banyak jugaklah kami borak sampailah suami makcik ni datang bawak trolley dah siap beli barang2. Lepas pakcik p letak barang kat kereta dia datang balik ambik isteri dia pulak. Sweeeet jer. Alhamdulillah saya tengok pakcik ni sihat lagi bolehlah menjaga  dan masak utk isteri tercinta.

Picture from Google
There is always something we can learn about from people every day kan.. Saya doakan mereka sihat dan bahagia selalu.. Anyway Prubsn pon ada plan untuk cover penyakit wanita ni, Takaful Puteri nama diberi. Nanti saya share ok..

2 comments:

  1. harap tua nanti masih kuat lagi utk berjalan..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. in sha Allah aminnn..kena minum susu banyak2 bagi tulang kuat hihi

      Delete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...