Saturday, July 19, 2014

Puding gula hangus

Assalamualaikum..
Hari ni kita try buat puding ye kawan-kawan. Mak saya suka buat dulu ni. Senang je ni bahan pun sikit je.

Bahan-bahan:
10 biji telur
1 tin susu sejat
1 cawan gula pasir
3 sudu gula pasir untuk buat gula hangus.

Cara buat:
Masukkan 3 sudu gula dalam loyang untuk buat gula hangus. Panaskan loyang dgn api kecik jee sampaii dia jd brownish. Ratakan kat seluruh permukaan loyang pastu biarkan sejuk.

Pecahkan telur dalan satu bekas, tabah gula yg secawan td tu. Kacau sampai rata, masukkan susu, kacau sikit lagi. Lepas tu masuk dlm loyang gula hangus dan kukus! Lebih kurang 40 minit atau sampai masakah hehe.

Panaskan gula sampai hangus. Hangus sikit rasa pait2
sikit match dgn puding yg manis

Telur, susu sejat cair, gula

Semua bahan yg dah dikacau bersama

Gula hangus yg dah sejuk

Masukkan telur semua td dlm loyang gula hangus.
Boleh tapis so yg ketul2 telur xmasuk skali.

Saya kukus guna periuk nasik.
On saja suis then tungguuuuuu..

So mehla kita tunggu tengok jadi ke tak..Jeng jeng jeng :p




2 comments:

  1. Replies
    1. alhamdulillah sedap sedap.cik anggur nanti boleh try buat, senang jee

      Delete

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...