Tuesday, June 3, 2014

Sebelum terlambat

Tugas kami sebagai ejen takaful ni sebenarnya bukanlah menjual insurans/takaful tu je. Kami sebenarnya educate orang awam tentang kepentingan dan benefit takaful dan medical card ni. Kalau kami dah explain, dah cerita, dah cuba bagi kesedaran, lepas tu terpulang pada orang tu lah nak ambik ke tak nak. If dia rasa perlu, dia ambil. Ada juga orang yang rasa perlu, tapi tangguh-tangguh. Tunggu kewangan stabil dan sebagainya. Pun tak apalah, only you know your condition best. Yang penting dia dah one step ahead dengan bagi peluang kami explain.

Cuma nasihat saya, bila dah rasa nak buat insurans dan mampu, buat je cepat-cepat. Sebab ada a few agents yang share dengan saya. Mula-mula masa explain kat prospek ni dia kata tak perlu, nak hold dsb..Tiba-tiba hantar sms kat agent kata nak buat insurans sebab doctor sahkan ada penyakit sekian sekian. Masa tu maaflah. Kami mungkin tak dapat nak bantu dah..


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...