Friday, May 16, 2014

Seizure

Assalamualaikum..

Saya nak share pasal suami saya kena seizure (atau fit atau sawan) tahun lepas. Masa tu umur 29 tahun. Dia yang selama ni tak pernah masuk hospital, tak ada history sakit yang teruk-teruk, tiba-tiba saja diserang sawan kat rumah. Hari tu weekend, so kami kat rumah. Bila saya tengok, tangan dia sebelah tengah menggigil dan bahagian lain badan dia macam numb. Bila panggil dia langsung tak sedar. Dalam hati saya punya panik tak terkata. Tapi Alhamdulillah saya tenangkan diri dan cuba attend kat dia walaupun sebenarnya tak tau cara macam mana. Lepas episod fit tu Alhamdulillah dia sedar dan nampak almost sihat. Tapi saya memang suruh dia pergi cek sebab nak tau sebab apa dia kena dan takut kalau jadi lagi.

So mula-mula kami pergi panel klinik dekat rumah. Doktor suggest pergi hospital. So kitorang pun pergi hospital KPJ Penang. Bila pergi terus doktor admit untuk buat a few tests. Buat CT-Scan, MRI untuk cek otak, ECG untuk cek jantung. Then transfer ke Gleanegles Penang untuk buat EEG test untuk cek brainwave. Hasil semua test tu, report semua normal (Alhamdulillah), the doctors can not find out the reason kenapa boleh jadi seizure tu. Tapi still, doktor tak bagi dia drive for 6 months kot ke 2 years..sebab if the seizure episode occur masa tengah drive akan membahayakan dia dan other drivers as well. Dan kena monitor dalam masa setahun, kalau jadi lagi kemungkinan seizure tu memang akan berkekalan dan selalu jadi.

Alhamdulillah all hospital bills borne by his company punya insurance. Tapi sebab kitorg pergi emergency tu kan weekend, company punya GL hanya akan keluar Isnin. So nak run all the test tu during weekend, hospital minta deposit RM1000 kalau tak silap saya. So kitorang back up lah dengan PruBSN punya medical card. Overall everything went well lah..

Jadi advice saya kat sini,
1: Jangan ingat kita muda kita takkan dapat sakit. Sakit jadi bila-bila tak kira usia.
2: Walaupun ada insurance provided by company, ambillah personal insurance juga. Sebab company punya insurance ni limited, hanya cover masa kita bekerja dengan company tu je.
3: Isteri sekalian, kalau suami anda tak ada insurans, advice lah kat dia suruh buat. Lebih-lebih lagi kalau suami sorang je yang kerja. Kalau suami sakit nanti, boleh dapatkan rawatan dengan cepat tanpa nak risau macam mana nak bayar bil hospital.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...