Wednesday, May 14, 2014

PruBSN Takaful Langkah Elakkan Berhutang Selepas Kematian

Assalamualaikum.
Saya buat blog ini dengan tujuan untuk berkongsi cerita dan pengalaman saya sebagai ejen berkaitan dengan insurans. Cerita-cerita benar yang saya alami dan ada juga cerita yang dikongsikan oleh kenalan dan ejen insurans yang lain. Semoga bermanfaat dan menjadi peringatan buat kita semua.

Jadi dengan lafaz Bismillah saya kongsikan satu pengalaman benar rakan sekerja suami saya.
Alkisah abang ni bekerja sebagai engineer, dan isterinya bekerja sebagai cikgu. Diorang ni dah anak anak 4 orang begitu kalau tak silap saya. Lebih kurang 2 tahun lepas si isteri pergi dulu, meninggalkan suami dan anak-anak yang masih kecil. Jadi sebagai suami suami mestilah sedih sangat kan ditinggalkan isteri. Tinggallah suami seorang terpaksa menguruskan anak-anak dan rumah tangga.

Keadaan keluarga ni sebelum musibah Alhamdulillah cukup lengkap makan pakai semualah tiada kurangnya. Tapi bila isteri meninggal dunia, keluarga yang dulu di support dengan 2 mata pencarian, sekarang tinggal 1 saja. Loan rumah, loan kereta, bil api air, belanja sekolah anak-anak sekarang semua suami yang kena tanggung. Pengurusan nak keluarkan duit pampasan kematian pulak mengambil masa berbulan-bulan nak settle..

Jadi suami tadi setelah habis berfikir, terpaksa ambil personal loan untuk cover semua perbelanjaan bulanan dia sekeluarga. Sudahlah hutang yang ada tak berhabisan, terpaksa tambah lagi hutang. Tau tau je lah personal loan interest tinggi kan. Apapun saya doakan keluarga ini selamat dan semoga diorang dah boleh catch up financially sekarang. Kalau isteri ada ambil insurans/takaful, mungkin suami tak perlu buat personal loan nak cover perbelanjaan. Selalunya duit pampasan kematian insurans paling cepat 3 minggu dah boleh dapat pada keluarga.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...