Friday, August 4, 2017

Wang Tidak Dituntut

SEBANYAK RM5.779 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sejak 1977 hingga 30 Jun lalu.
Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata, ia membabitkan lebih 55 juta akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan.
"Sekiranya sesuatu akaun yang tidak aktif melebihi tujuh tahun, baki akaun terbabit menjadi WTD sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965 dan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar WTD.
“Pendaftar WTD sebagai pemegang amanah akan menyimpan dengan selamat wang terbabit mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ia dituntut oleh empunya yang berhak. WTD adalah akaun amanah kerajaan di bawah Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957.
"WTD ini akan dibayar kepada empunya tanpa faedah berdasarkan Seksyen 11(3) Akta WTD 1965," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah serta strategi kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan WTD di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata, WTD ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana ditetapkan oleh Akta WTD 1965.
Katanya, mengikut Seksyen 8 akta itu, terdapat tiga kategori WTD iaitu wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun, wang di dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam tempoh masa melebihi tujuh tahun dan wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh melebihi dua tahun.
Beliau berkata, sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang berkenaan dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut.
Menurutnya, orang ramai boleh membuat semakan di 25 kaunter Bahagian WTD disediakan di seluruh negara iaitu 13 di semenanjung, Sarawak (tujuh), Sabah (empat) dan sebuah kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.

Berikut adalah petikan dari Harian Metro berkenaan isu wang yang tidak dituntut yang menjadi tular baru-baru ini. Awak semua dah semak ke? Sampai penuh semua pejabat akauntan negara di seluruh negeri ye semua pakat serbu beramai-ramai.


Pada yang dah semak, dan ada hasil yang baik tu, tahniah saya ucapkan. Pada yang dah semak tapi hasilnya mengecewakan, jangan sedih tau. Sebab tu lah saya tak mau pergi semak. Selain dari tak mahu mengambil cuti dan beratur panjang, takut pulak tak ada duit pun dalam tu nanti! Kes naya jadinya hehe.





Sebenarnya tiada tarikh luput pun untuk kita semak wang tak dituntut ni. Bila-bila boleh pergi. Lebih mudah lagi, Jabatan Akauntan Negara sedang dalam usaha membangunkan portal secara on-line bagi membolehkan kita menyemak dengan lebih mudah, bermula tahun depan. Jadi saya tunggu jelah tahun depan hehehe..




Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, July 24, 2017

Senarai Dividen Tabung Haji, ASB dan KWSP Bagi Penyata Kewangan 2016

Salam Semua,

Hari dah sudah 30 Syawal. Cepat masa berlalu. Ada lagi yang tak boleh move on dengan Raya 2017 ke hehehe. Semalam pun mesti ramai yang menghadiri jemputan 'open house' kan. Saya pun pergi event Hari Raya Kelab Exora Perak semalam, Alhamdulillah penutuplah kiranya untuk Syawal kali ni.

Hari ni saya nak kongsikan senarai dividen bagi pengiraan kewangan 2016, di 3 tempat yang sangat-sangat sinonim dengan rakyat Malaysia kita.


  1. Tabung Haji : 4.25% bagi yang sudah menunaikan haji. 4.25% dividen +1.5% bonus=5.75% bagi yang belum haji.
  2. ASB: 6.75% dividen + 0.5% bonus = 7.25%
  3. KWSP: 5.7%
Pengumuman dividen bagi ketiga-tiga ni sebenarnya dah dikeluarkan lama. Saya je yang baru nak update. Apa pun, pesanan saya cubalah banyakkan menyimpan dan melabur. Kecuali KWSP yang memang wajib bagi setiap rakyat Malaysia yang bekerja, pelaburan di Tabung Haji dan ASB adalah yang paling kurang risikonya. Amat sesuai bagi mereka yang tidak ada masa nak study medium-medium pelaburan yang lain, dan yang kurang mahu mengambil risiko.

Medium pelaburan yang lain banyak lagi pilihan untuk mereka yang risk appetite nya agak tinggi. Contoh seperti Public Mutual, CWA, Kenanga Investment dan macam-macam lagilah. Ada pula skim persaraan persendirian yang diperkenalkan sejak 2-3 tahun sudah. Yang ini bagi saya sesuai sangat untuk mereka yang bekerja sendiri, dan bagi mereka yang nak back up akaun KWSP mereka.





Sebagai pelabur bijaklah dalam menguruskan wang yang kita dah berpenat lelah dapatkan saban hari. Benar duit bukanlah segalanya tapi alangkah baiknya jika kita manfaatkan sebaiknya. Jika tidak tahu, belajarlah. Membacalah. Atau lebih mudah serahkan pada yang lebih arif seperti perunding-perunding yang banyak di pasaran. Yang paling penting, kena tau apa matlamat kita melabur.

Maaf saya rasa post ni semakin mengembang tanpa struktur. Hehe. Di sini saya nak kongsikan juga harga dana terkini dalam PruBSN Takaful. Sebahagian dari wang caruman anda sebenarnya adalah dilaburkan dan sebahagian hasil keuntungan dimasukkan kembali kedalam akaun anda. Okay yang ini bagi sesiapa yang tak familiar, mungkin panjang ceritanya. Bolehlah bertanya kepada ejen masing-masing dengan lebih lanjut. 


Sekian saja dari saya untuk hari ini. Semoga bermanfaat.


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Wednesday, July 19, 2017

Kisah Saya dan Jam Tangan

Salam semua=)

Pertama sekali saya nak kongsikan rasa gembira sebab hari ni permohonan Google Ads saya dah lulus. Selepas bertahun-tahun mencuba. Alhamdulillah. Sebenarnya sebelum ni saya memang main apply je. Baru-baru ni je buat tukar-tukar setting sikit, update info dekat Google, lepas tu cuba apply minggu lepas, minggu ni dah lulus. Harap-harapnya istiqomahlah update blog lepas ni.

2-3 hari ni Zalora asyik hantar e-mail promosi barang-barang yang dijual dengan harga diskaun. Selalunya saya tak tergoda, tapi kali ni jam jenama Casio nampaknya ada yang murah betul. Saya suka jam Casio ni maklumlah peminat Japan brand hehe. Membuatkan saya teringat pada pengalaman pertama memiliki jam masa zaman kanak-kanak dulu.





Seingat saya, arwah abah saya mula mengajar saya melihat jam dengan betul semasa saya darjah 1. Setiap hari akan ada sesi latihan mengenal waktu pada jam. Mula-mula arwah abah saya lukis bulat-bulat banyak-banyak dekat atas kertas putih. Ingatkan nak buat apa. Lepas tu abah tulis nombor-nombor 1 sampai 12 dalam bulatan tu. Ada latihan yang abah saya lukis jarum, saya kena jawab jarum tu menunjukkan pukul berapa. Ada juga sesi sebaliknya saya kena lukis jarum jam. Masa belajar tu seronok sangat rasanya, mencabar diri belajar sesuatu yang baru. Bila dapat jawab bangganya rasa pada diri sendiri haha. Alhamdulillah tak lama lepas mula belajar tu, pandai dah tengok jam. Latihan intensif lah katakan hehe.

Kami dulu bukan orang senang. Ada ketika mama saya turut bekerja jauh untuk membantu menampung perbelanjaan keluarga. Masa tu saya ingat  lagi kebanyakan masa saya tinggal seorang diri. Kadang-kadang tumpang tidur di rumah jiran sebab tiada siapa ada di rumah. Arwah abah pula kerja tentera laut, masa di rumah tak menentu. Begitulah sehari-hari.

Suatu hari ni mama saya balik dari tempat kerja, mama saya bagi hadiah surprise untuk saya. Jam ALBA! Saya punya seronok sangat rasanya masa tu. Hari-hari pakai. Terima kasih sangat rasanya dekat mama. Penat-penat kerja, beli jam untuk saya. Lama saya pakai jam hadiah mama bagi tu. Sempat sampai darjah 3 rasanya. Itulah kisah jam pertama saya.

Jadi apa pengajaran yang saya dapat dari imbasan memori daun pisang saya ni?

  1. Kegigihan arwah abah saya mengajar saya ilmu kehidupan. Selain ajar tengok jam, banyak saya belajar dengan arwah. Cara basuh pinggan, cara iron baju siap uniform tentera laut tu saya iron, cara memasak.
  2. Setiap ibu bapa akan cuba yang terbaik untuk bagi yang terbaik yang mampu buat anak-anak. Walaupun terpaksa berkorban tinggalkan anak seketika demi mencari rezeki.
  3. Ibu bapa selalu cuba sehabis baik untuk menggembirakan hati anak mereka. 
Alhamdulillah. Syukur sangat rasanya. Walaupun setelah besar saya mampu beli macam-macam jam, tapi jam pertama hadiah dari mama yang paling dekat di hati saya. Pengalaman awak semua pula macam mana?





Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Wednesday, July 12, 2017

Deposit Duit Raya di Kaunter atau CDM?

Salam semua,

Belum settle lagi dengan duit raya anak-anak? Sayalah orangnya tu hehe. Yelah raya kan sebulan. Mana tau ada orang nak bagi duit raya lagi kan..

Bagi ibu bapa yang belum lagi mula memproses duit raya anak, bolehla mulakan sekarang. Bagi saya yang bekerja office hour, memang agak sukar nak uruskan deposit kerana kekangan masa untuk pergi ke kaunter-kaunter bank atau Tabung Haji.

Bagi yang ada masalah sama dengan saya, salah satu cara untuk depositkan duit di kaunter Tabung Haji adalah dengan pergi ke UTC. Pada saya UTC memang memudahkan untuk rakyat berurusan di luar waktu pejabat. Salute to semua petugas-petugas yang berkhidmat di UTC lebih-lebih lagi yang terpaksa bekerja pada waktu malam dan hari minggu.





Satu cara lagi adalah dengan menggunakan Cash Deposit Machine. Cuma satu masalah dengan CDM ni, kebanyakannya tidak menerima note RM1, RM5 dan RM20. Sedangkan duit raya RM1 la yang paling banyak! 

Sebagai pelanggan tegar Maybank, saya lebih suka depositkan dulu duit ke dalam akaun Maybank sebelum dipindahkan ke lain-lain tempat. Jadi saya cuba cari lokasi CDM yang boleh terima semua note duit kertas. Bagi yang tinggal di Perak, boleh cuba pergi ke cawangan di bawah.


  • Bagan Serai 
  • Bercham 
  • Bidor 
  • Greentown 
  • Ipoh Garden 
  • Jalan Sultan Idris Shah 
  • Jelapang 
  • Kampar 
  • Kamunting 
  • Kuala Kangsar 
  • Lumut 
  • Menglembu 
  • MIB 
  • Gunung Rapat 
  • Parit Buntar
  • Pasir Putih 
  • Selama 
  • Sitiawan 
  • Sungai Siput 
  • Taiping 
  • Tanjung Malim 

Untuk lokasi selain Perak, boleh klik file di bawah:

Selepas duit dah dimasukkan ke dalam akaun, barulah senang untuk buat transaksi yang seterusnya. Bagi sayalah, sebab saya lebih suka menggunakan online platform. Bolehlah dipindahkan ke akaun Tabung Haji anak-anak yang sudah di link kan dengan akaun Maybank anda. Caj dikenakan RM1.06 bagi setiap transaksi. Bagi saya okaylah kalau nak comparekan dengan kena menunggu di kaunter, dan kena cari parking lagi. Ha saya memang lemah bab-bab parking memarking ni..

Untuk cara link kan akaun dan transfer duit Maybank dan TH, boleh refer di bawah:

Sekian saja dari saya, semoga bermanfaat. Seeloknya simpanlah duit di tempat yang boleh memberikan pulangan seperti Tabung Haji atau ASNB. Boleh juga disimpan dalam dana takaful anak anda. Terpulang pada masing-masing. Semoga bermanfaat.

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

Monday, July 3, 2017

Simpan Duit Raya Di Mana?

Salam semua,

Masih beraya lagi ke? Saya dah sedikit sebanyak rasa macam nak habis beraya dah haha..

Hari ni saya nak kongsikan kan sikit cerita tentang duit raya. Masa saya kecik-kecik dulu, kalau dapat duit raya RM1 tu macam Ya Allah besar rahmat sangat dah. 50 sen pun dah happy sangat. Saya kat kampung jarang berjalan kutip duit raya. Selalunya dapat duit raya dari orang yang datang beraya kat rumah. Rasanya paling banyak pernah dapat dalam RM60 macam tu kot.

Image result for duit raya

Awak semua dulu buat apa dengan duit raya? Selalunya saya simpan dalam tabung. Tapi tak sempat masukkan dalam bank pun. Selalu saya guna buat beli barang dapur ke, biskut ke, beras ke. Maklumlah orang susah kan. Daripada membazir beli mainan, baik beli barang makan. Betul tau saya dulu dengan arwah nenek, tahap kesempitan hidup tu memang sampai tak boleh nak makan. Kenangan betul. Alhamdulillah saya membesar juga dengan sihat dan jadi orang hehe.






Bila sendiri dah ada anak pula, awal-awal tu saya yang excited kumpul duit raya anak haha. Sekarang dah cool down dah. Tapi still kebanyakan duit raya diorang saya pegang. Tapi belum kira pun lagi, semua campak masuk handbag. Kami selalunya duit raya anak masukkan dalam akaun Tabung Haji. Ada juga ibu bapa yang masukkan duit raya anak dalam bank. tak kisahlah mana-mana asalkan tak membazir begitu sahaja.

Satu lagi sebenarnya kalau anak anda pemegang polisi takaful dengan PruBSN contohnya, boleh juga simpan dalam dana takaful. Saya nak kongsi mengenai anak saudara saya. Dia ada medical card Prudential sejak kecil lagi, sekarang dah darjah 4. Selain medical card, mak dia letak juga saving RM80 sebulan. Baru-baru ni diorang keluarkan duit simpanan dari dana Prudential tu untuk pindahkan ke tempat lain, ada RM20,000 tau. 

So siapa yang ada polisi tu cuba-cubalah tanya ejen, kalau nak tambah simpanan dengan PruBSN. Minimum RM10 je. Memang nampak sikit, tapi kalau dilaburkan dalam masa 10, 20 tahun at least ada jugak sejumlah wang yang boleh diguna pakai untuk tujuan pendidikan atau selainnya nanti.

Berminat nak tau pasal takaful/insurans untuk anak, boleh hubungi saya. Thanks for reading!

Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...